Zain, Rozita Sahkan Bernikah Pada 11 Disember

Diterbitkan: Isnin, 25 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zain dan Rozita memilih tarikh 11 Disember depan sebagai tarikh pernikahan mereka.
Zain dan Rozita memilih tarikh 11 Disember depan sebagai tarikh pernikahan mereka.

SHAH ALAM: Pasangan pelakon Zain Saidin, 29 dan Rozita Che Wan mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember depan iaitu pada Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini, selepas solat maghrib.

Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, pada pukul 8 malam.

Sementara itu, bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, dekat sini pada 10 Disember, pukul 8 malam.

Rozita, 40, akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin bernilai RM9,300.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan