Liyana Jasmay Terpaksa Berehat Kerana Hamil

Diterbitkan: Isnin, 25 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Walaupun mengalami alahan teruk pada awal kehamilannya, Liyana mengakui keadaannya semakin beransur pulih.
Walaupun mengalami alahan teruk pada awal kehamilannya, Liyana mengakui keadaannya semakin beransur pulih.

PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay yang sedang hamil empat bulan akan berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga dia selamat bersalin yang dijangka pada pada Mei 2014.

Liyana, 25, bagaimanapun berkata, dia hanya akan memberi fokus kepada beberapa promosi filem lakonannya yang bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan.

"Lakonan buat masa ini memang saya tidak akan buat dan hanya akan menghadirkan diri untuk aktiviti promosi filem sahaja jika dijemput.

"Bagaimanapun kerja-kerja belakang tabir dan menguruskan syarikat iaitu Mermaid Studios akan dilakukan seperti biasa," katanya kepada mStar Online.

Liyana dan Fathuddin Mazlan mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2013.

Dalam pada itu, Liyana berkata, dia mengalami alahan teruk pada tiga bulan pertama kandungannya namun keadaan itu sudah beransur pulih.

Jelas Liyana, suaminya adalah orang yang paling bimbang dengan situasi itu dan sentiasa berada di sisinya apabila memerlukan.

"Saya beruntung ada suami macam Fathuddin kerana dia prihatin tentang saya dan melayan saya bagaikan seorang puteri," ujarnya.

Sementara itu, Liyana mengakui dia bimbang berat badannya tidak meningkat seperti kebanyakan wanita hamil lain walaupun kandungannya semakin membesar.

Tambah Liyana, dia ada bertanyakan perkara itu kepada doktor dan berasa lega selepas diberitahu perkara itu adalah normal.

"Berat badan saya hanya bertambah dua kilogram sahaja pada peringkat ini dan saya risau kerana kebiasaannya perempuan hamil badan mereka akan meningkat.

"Saya bimbang keadaan itu akan memberi kesan kepada kandungan saya namun mujur doktor mengatakan keadaan saya sihat dan normal," katanya yang tidak kisah akan jantina anak yang bakal dilahirkan nanti.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan