Anita Baharom Terlibat Dengan Perniagaan Tudung

Diterbitkan: Isnin, 25 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anita Baharom
Anita Baharom

PETALING JAYA: Pelakon Anita Baharom mengakui mula melibatkan diri dengan perniagaan fesyen tudung selepas mendapati dia mempunyai minat yang mendalam dengan bidang berkenaan.

Anita, 30, berkata, dia mula mencuba berniaga pada bulan Ramadhan lalu bersama-sama dengan pelakon Yatt Hamzah di Jalan Tunku Abdul Rahman dan tidak sangka, kepuasan pendapatan yang diperoleh berbeza dengan kerja-kerja yang pernha dilakukannya sebelum ini.

"Selepas pertama kali cuba berniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman, rasa seronok pula. Saya dan suami terus merancang untuk memulakan perniagaan tudung menggunakan label nama sendiri iaitu Inspirasi Anita Baharom.

"Buat masa ini ia masih lagi dalam produksi dan tunggulah nanti saya akan umumkan pelancaran produk tudung itu," katanya kepada mStar Online.

Tambah Anita, sebagai introduksi, dia akan mereka dahulu rekaan tudung yang sesuai dimana ia akan digayakan sendiri olehnya terlebih dahulu sebagai promosi.

Sementara itu, pelakon yang mula dikenali dengan drama bersiri Dunia Baru itu berkata, dia kini terpaksa menolak pelbagai tawaran lakonan kerana perlu menjaga anak kedua-dua orang anaknya iaitu Syifa Dhia Nurina, 6, dan Mohd Dhia Iskandar, 2.

"Susah sebenarnya apabila tidak ada pembantu rumah, sayalah yang kena jaga anak. Jadi ia menyukarkan saya untuk melibatkan diri dengan lakonan.

"Tetapi saya tidak mahu bersara daripada dunia yang saya minati itu. Dan kalau boleh setiap empat hingga lima bulan saya akan ambil tawaran lakonan," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan