Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater dan Filem Menghiburkan

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syafinaz Selamat menyanyikan lagu Sedetik Lebih
Syafinaz Selamat menyanyikan lagu Sedetik Lebih

KUALA LUMPUR: Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater dan Filem dipersembahkan dengan bertenaga oleh Koir Kebangsaan Malaysia dan Koir Remaja Kebangsaan bersama penyanyi terkenal Syafinaz Selamat yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di sini, pada Sabtu.

Acara yang bermula pada pukul 9 malam itu menampilkan lagu Mengadap Rebab yang sinonim dengan persembahan Makyong daripada Rosnan Rahman dan Syafinaz Selamat sebagai simbolik kepada elemen pembuka panggung.

Lebih istimewa, konsert ini turut diselitkan dengan sketsa dan video teater dan filem lama seperti petikan filem Azura , Mr Bean dan video muzik Allahyarham Sudirman.

Sebanyak 19 buah lagu dinyanyikan yang terdiri daripada lagu tema filem popular dalam dan luar negara seperti Ombak Rindu,Sandarkan Pada Kenangan, Asmaradana, Sedetik Lebih dan Preety Woman.

Selain itu cara nyanyian dan penyampaian dengan interaksi yang menghiburkan berjaya menarik perhatian penonton untuk terus berada di tempat duduk sepanjang 90 minit persembahan berlangsung.

Penonton turut memberi sorakan dan tepukan gemuruh setiap kali lagu popular dinyanyikan dan disertakan dengan sketsa yang mencuit hati.

Konsert yang memaparkan segmen nyanyian lagu-lagu tradisional dan moden ini turut menggabungkan artis jemputan Rosnan Rahman, Memento dan Vox Aurora serta Syafinaz sendiri.

Turut hadir pada konsert tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli dan penyanyi Anuar Zain.

Konsert berlangsung selama dua malam iaitu pada 23 dan 24 November 2013 di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia Jalan Ampang, di sini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan