Yuna, Sam (Bunkface) & Atilia Di KL Live Ahad Ini

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri, Sam, Yuna dan Atilia.
Dari kiri, Sam, Yuna dan Atilia.

PETALING JAYA: Orang ramai dijemput bagi menyaksikan persembahan Yuna sempena pertandingan nyanyian ‘Rising Star’ yang akan berlangsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail dekat sini pada Ahad ini.

Jurucakap penganjuran majlis itu Julie Khalid berkata, selain bakal membuat persembahan, Yuna juga bertindak sebagai ketua juri bersama-sama dua artis lain iaitu Sam (Bunkface) dan juga Atilia.

“Kami percaya, dengan kehadiran tiga artis popular ini, orang ramai akan dapat memenuhi ruang KL Live untuk turut serta menyaksikan siapakah calon yang bakal memenangi pertandingan berkenaan,” katanya kepada mStar Online di sini pada Khamis.

Tambah Julie, acara berkenaan akan diadakan bermula pukul 8 malam dan masuk adalah percuma.

Katanya, 500 pengunjung pertama turut berpeluang mendapat hadiah istimewa yang disediakan oleh pihak penganjur.

Pada malam itu seramai 12 peserta akhir akan menunjukkan bakat masing-masing yang terdiri daripada calon pelbagai bangsa

“Lebih 300 calon telah melalui uji bakat di seluruh negara tetapi hanya 12 orang sahaja yang bernasib baik untuk menunjukkan bakat mereka di hadapan tiga juru profesional ini,” katanya.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua iaitu secara solo dan berkumpulan. Pemenang bagi setiap kategori itu bakal menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000 dan juga barangan lain bernilai RM500.

Pemenang juga diberi peluang merakamkan sebuah lagu Yuna untuk diputarkan menerusi saluran radio Red FM.

Tempat kedua melayakkan pemenang menerima wang tunai RM3,000 dan barangan bernilai RM500 manakala tempat ketiga pula RM2,000 serta barangan bernilai RM500.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan