Nama Anak Fergie Diperoleh Dalam Mimpi

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Fergie telah memilih nama Axl Jack Duhamel untuk bayi lelaki yang bakal dilahirkannya ketika melalui sebuah mimpi indah.

Penyanyi wanita kumpulan Black Eyed Peas ini menceritakan kejadian mimpi tersebut ketika ditemu bual dalam program Ellen DeGeneres Show, seperti dilaporkan people.com.

"Saya bermimpi telah berada dalam satu pesta perayaan yang mana orang ramai di situ tidak mengenali siapa saya. Ketika itu ada persembahan pentas oleh artis-artis legenda seperti Bob Marley dan Axl Rose. Saya hanya menari dan terasa bagaikan di syurga," ujarnya.

Tambah Fergie, pada saat itu juga bayi di dalam kandungan memberi reaksi dengan menendang perutnya beberapa kali.

"Itu adalah pertama kali dia menendang perut saya dan ia seperti satu muzik bagi saya dan sukar untuk digambarkan perasaan tersebut," katanya bercerita mengenai mimpi berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan