Semua Wang Nyanyian Alif Satar Disimpan Ibu

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alif bersyukur berkat menyimpan dia sudah mampu membeli sebuah rumah, kereta dan motosikal hasil daripada titik peluhnya bergelar artis.
Alif bersyukur berkat menyimpan dia sudah mampu membeli sebuah rumah, kereta dan motosikal hasil daripada titik peluhnya bergelar artis.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Alif Satar mendedahkan kesemua wang yang diperolehnya hasil kerjaya nyanyian akan diberikan kepada ibunya, Hafiza Muhammed untuk disimpan.

Alif, 23, berkata, tujuan ibunya berbuat demikian adalah untuk memastikan Alif mempunyai wang simpanan yang dilakukannya sejak dia berusia 16 tahun lagi.

"Kalau nak tahu, kesemua gaji saya disimpan ibu dan dia hanya memberikan kepada saya wang sebanyak RM500 sebulan sahaja untuk kegunaan harian.

"Walaupun ada segelintir lelaki kurang senang dengan cara ini, tetapi saya selesa, sekurang-kurangnya saya tidak menggunakan wang secara sembarangan," katanya.

Alif ditemui pada majlis pelancaran album ketiganya berjudul Definisi di Black Box, Publika di sini pada Rabu.

Turut hadir pengarah urusan Sony Music Malaysia, Julius Ng.

Tambah Alif, dia juga bersyukur, wang yang disimpan itu juga telah membuatkan dia sudah mampu membeli sebuah rumah, kereta dan motosikal hasil daripada titik peluhnya bergelar artis.

Sementara itu, mengenai Definisi, album tersebut memberi perubahan ketara dalam dirinya kerana ia lebih bersifat matang berbanding dua album sebelumnya iaitu Nakal dan Lelaki Seperti Aku.

" Definisi menonjolkan muzik yang lebih matang. Saya sengaja ingin memberikan kelainan.

"Tetapi berdasarkan single lagu pertama yang dikeluarkan dua bulan lalu iaitu Akhiri Penantianku, pelik pula kerana ia kurang mendapat sambutan. Mungkin orang sudah biasa mendengar lagu saya berkonsepkan remaja dan untuk lagu ini ia sedikit lambat untuk diserasikan.

"Bagaimanapun, saya tetap tampil dengan sebuah lagu santai dalam album ini iaitu Gadis Tiga Bulan," ujarnya.

Sebanyak lapan buat lagu dalam Definisi iaitu Kerna Dia, Kesempatan Kedua, Nona Jakarta, Bila, Sliding Doors, Setiap Hari termasuklah Akhiri Penantianku dan Gadis Tiga Bulan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan