Aznil Malu, Minta KRU Siasat ‘Profesor Klon’ Diciplak

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aznil berharap siasatan dapat dilakukan sekiranya benar lagu nyanyiannya itu diciplak dan dijadikan lagu tema sebuah drama Sepanyol berjudul Pobre Rico.
Aznil berharap siasatan dapat dilakukan sekiranya benar lagu nyanyiannya itu diciplak dan dijadikan lagu tema sebuah drama Sepanyol berjudul Pobre Rico.

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Profesor Klon, Datuk Aznil Nawawi meminta penerbit lagu tersebut iaitu KRU Music Group agar segera menyiasat dan mengambil tindakan jika benar lagu nyanyiannya itu diciplak dan dijadikan lagu tema sebuah drama Sepanyol berjudul Pobre Rico.

Aznil berkata, tindakan itu perlu kerana ia boleh menjejaskan reputasi dan nama baik syarikat rakaman berkenaan memandangkan sudah ada pihak yang menuduh komposernya iaitu Edry Abdul Halim telah menciplak lagu tersebut.

"Saya tidak tahu siapa yang ciplak siapa. Tetapi diharap sekiranya Profesor Klon diciplak, pihak KRU ambillah tindakan dengan segera kerana ia telah menjejaskan nama anak seni tempatan.

"Walaupun lagu itu bukan saya yang hasilkan, tetapi ia tetap menjejaskan nama saya sebagai penyanyi yang membawakan lagu tersebut. Ini dapat dilihat berdasarkan komen-komen di Twitter apabila ada segelintir pihak menyifatkan saya turut terlibat dengan isu ciplak ini," katanya.

Lagu Profesor Klon yang dinyanyikan Aznil diciptakan sepenuhnya oleh Edry bagi dimuatkan dalam runut bunyi (soundtrack) filem Cicakman pada tahun 2007.

Bagaimanapun, baru-baru ini isu ciplak mula tercetus apabila lagu tersebut (menggunakan bahasa Sepanyol) telah digunakan bagi drama Pobre Rico dan ia menimbulkan persoalan siapakah pihak yang menjiplak karya berkenaan.

Tambah Aznil, tindakan tegas yang diambil pihak KRU juga sekali gus akan membuka mata pihak luar bahawa anak seni tempatan sememangnya bersikap tegas dalam isu-isu sedemikian.

Apatah lagi kata Aznil, pencipta lagu negara ini sering dituduh gemar menciplak muzik negara luar.

Sementara itu, Edry yang dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai penerbitan lagu tersebut di Sepanyol dan akan memastikan setiap lagu yang dicipta di bawah syarikat KRU akan di lindungi karyanya.

"Pihak kami akan membuat siasatan berhubung perkara ini. Setiap lagu yang dihasilkan di bawah penerbitan KRU adalah hak cipta terpelihara," tegasnya menerusi mesej kepada mStar Online pada Rabu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan