Nomad Terkejut Dipilih Kembangkan Kerjaya Di Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nomad mengakui gementar apabila bakal mengembangkan kariernya di Indonesia. Foto S.S. KANESAN.
Nomad mengakui gementar apabila bakal mengembangkan kariernya di Indonesia. Foto S.S. KANESAN.

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang popular dengan lagu Tetap Menantimu menerusi drama popular Love You Mr. Arrogant iaitu Nomad terkejut apabila sebuah syarikat rakaman di Indonesia mahu mengembangkan kariernya di negara itu.

Nomad atau nama sebenarnya Nor Alief Ayub, 25, berkata, dia tidak pernah terfikir akan mendapat peluang tersebut kerana kerjaya nyanyiannya di negara ini masih lagi baharu bermula.

"Sudah tentu saya terkejut apabila ada syarikat rakaman di Indonesia berminat untuk memperkenalkan saya di Indonesia kerana saya masih lagi seorang artis baru.

"Bagaimanapun peluang itu harus saya rebut kerana ia bukan datang selalu dan berharap peminat muzik di sana sudi menerima kehadiran saya," katanya kepada mStar Online.

Nomad ditemui ketika menandatangani kontrak di antara syarikat Indigital Sdn Bhd (Malaysia) dan Harpa Records (Indonesia) yang diadakan di Red Box The Gardens di sini, Selasa.

Dalam perkembangan sama, Nomad mengakui bimbang dengan penerimaan masyarakat di Indonesia terhadap muzik yang diperjuangkannya selain sedar agak sukar artis negara ini untuk menembusi pasaran di negara berkenaan.

Bagaimanapun kata Nomad, kepercayaan diberikan oleh syarikat rakaman Harpa Records tidak akan disia-siakan dan dia berjanji akan memberi sepenuh komitmen.

"Saya sedar sukar untuk masyarakat di sana hendak menerima muzik dari Malaysia tetapi tidak salah kita mencuba walaupun persaingan yang hebat daripada artis-artis sedia ada di Indonesia.

"Ia langsung tidak mematahkan semangat saya kerana saya turut membawa nama negara dan berharap semua perancangan yang telah diatur akan terlaksana dengan baik," ujarnya.

Sementara itu, wakil Harpa Records iaitu Handoko memberitahu pihaknya tertarik dengan vokal dan lagu Tetap Menantimu yang disampaikan Nomad sehingga mereka membuat keputusan untuk memperkenalkannya di Indonesia.

Jelas Handoko, Nomad mempunyai potensi besar untuk diterima di kalangan peminat di negara itu dan pihaknya telah merancang pelbagai aktiviti promosi untuknya.

"Banyak artis Malaysia yang mempunyai bakat besar tetapi sayang tidak mendapat peluang di Indonesia dan kami melihat Nomad mampu memecah tradisi itu.

"Kemantapan vokal dan lagunya yang sesuai dengan cita rasa peminat di sana membuatkan kami terpanggil untuk memperkenalkannya di Indonesia," jelasnya.

Tambah Handoko lagi, buat permulaan single pertama Nomad akan dihantar ke stesen-stesen radio di Indonesia untuk melihat penerimaan pendengar selain muzik video lagu tersebut diputarkan menerusi program-program hiburan.

"Apabila lagu tersebut sudah mula diminati oleh peminat, baru kita akan adakan aktiviti promosi dan melancarkan album penuhnya di Indonesia," katanya.

Album pertama Nomad yang masih dalam pembikinan bakal memuatkan lapan buah lagu manakala empat daripadanya dicipta oleh komposer dari Indonesia.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan