Jennifer Lawrence Pernah Alami Gangguan Mental

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Selain gangguan mental, Jennifer mengakui pernah berasa rendah diri dalam pergaulan dengan rakan-rakan sebayanya.
Selain gangguan mental, Jennifer mengakui pernah berasa rendah diri dalam pergaulan dengan rakan-rakan sebayanya.

SIAPA sangka, aktres Jennifer Lawrence yang semakin bersinar di layar perak rupa-rupanya mempunyai kisah hitam pada masa lalu.

Menurut laporan Dailymail, bintang filem The Hunger Games itu mengakui pernah mengalami gangguan mental selain bersikap rendah diri dalam pergaulan dan pada masa sama seorang yang hiperaktif.

"Nama panggilan saya ketika muda ialah Nitro, singkatan daripada ‘nitroflycerin’. Saya terlampau hiperaktif dan selalu teruja dalam semua hal.

"Tetapi saya akan cemas apabila berhadapan dengan ramai orang. Mujurlah ada beberapa teman yang sudi berkawan dengan saya," selorohnya.

Tambah Jennifer, keluarganya cukup risau dengan keadaan aktres itu tetapi bersyukur apabila masalah tersebut semakin baik selepas dia melakukan beberapa rawatan psikologi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan