'Hantu Tok Mudim' Bukan Takutkan Kanak-Kanak

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hantu Tok Mudim adalah karya pertama Wan sebagai pengarah filem.
Hantu Tok Mudim adalah karya pertama Wan sebagai pengarah filem.

PETALING JAYA: Filem terbitan Showbiz Productions Sdn Bhd iaitu Hantu Tok Mudim bukan dihasilkan untuk menakutkan penonton terutamanya di kalangan kanak-kanak lelaki mengenai budaya berkhatan secara tradisional.

Pengarahnya, Wan Hafiz berkata, filem berkenaan cuba mengangkat proses berkhatan oleh ‘Tok Mudim’ yang jarang dilaksanakan dengan memasukkan elemen komedi dan seram dalam penceritaannya.

"Kisah mengenai berkhatan adalah legenda di kalangan kaum lelaki dan itu yang ingin dikongsi bersama penonton dalam bentuk fiksyen dan bukannya ingin menakutkan kanak-kanak yang belum bersunat.

"Saya yakin kanak-kanak pada zaman ini sudah lebih matang dan terbuka mengenai perkara tersebut dan filem ini hanya untuk hiburan semata-mata," katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem berkenaan di Cathay @eCurve di sini, malam Selasa.

Hantu Tok Mudim menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, AR Badul, Harun Salim Bachik dan Adrea Abdullah.

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 21 November 2013.

Dalam pada itu, mengulas mengenai skripnya yang sarat dengan 'double meaning', Wan menjelaskan dia sengaja berbuat demikian untuk memberi kelainan pada karya pertamanya itu.

Jelas Wan, dia mahu bermain dengan emosi penonton dan membiarkan mereka membuat tafsiran terhadap skrip yang disampaikan oleh para pemain filem itu.

"Memang saya sengaja banyak memasukkan elemen 'double meaning' tetapi maksudnya boleh jadi berbeza untuk setiap penonton dan itu keunikan yang saya tampilkan," katanya yang juga lega apabila filem itu tidak dipotong oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Sementara itu, Wan berkata, dia mengambil keputusan untuk mengangkat tema berkhatan dalam filem tersebut kerana ia belum pernah diketengahkan dengan jalan cerita menarik.

Jelas Wan, dia juga banyak melakukan rombakan pada skrip bagi memastikan jalan cerita yang ditampilkan kemas dan mampu membuat penonton ketawa.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan