MLM 2013: Gerak Tersingkir Pada Minggu Pertama

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Gerak tersingkir pada minggu pertama MLM 2013, malam Jumaat. Foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star
Kumpulan Gerak tersingkir pada minggu pertama MLM 2013, malam Jumaat. Foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

SHAH ALAM: Kumpulan Gerak tersingkir pada minggu pertama program realiti Maharaja Lawak Mega pada malam Jumaat berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.

Penyingkiran itu diumumkan oleh juri Datuk Yusof Haslam.

Gerak yang dianggotai oleh Nor Azhar Buyong, Che Mat dan Mohd Fadzil Mohd Nasir tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan sebanyak 4.67 peratus.

"Kami tidak sangka pada minggu pertama sudah ada penyingkiran peserta. Walaupun tersingkir, kami telah memberikan persembahan yang terbaik.

"Kami turut menganggap ia sebagai perkara positif dengan melihat penyertaan pertandingan ini dapat membina nama masing-masing dalam industri seni tempatan," kata Azhar selepas pertandingan tersebut.

Dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Tulang iaitu 5.6 peratus dan Wala (4.69 peratus).

Manakala kumpulan Sepahtu mendapat undian tertinggi iaitu 8.06 peratus.

Selain Sepahtu, Gerak, Tulang dan Wala, sebanyak 12 kumpulan menunjukkan kehebatan masing-masing beraksi pada pertandingan tersebut iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Comey, Nabil, Osama, Bocey, Kucai, Mamu, Zero dan SYJ.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata secara keseluruhannya para peserta telah memberikan mutu persembahan yang memuaskan pada minggu pertama.

"Saya melihat persaingan pada minggu pertama ini sebagai proses pembelajaran dan pengalaman buat peserta.

"Jika dibandingkan dengan musim terdahulu, persembahan peserta kali ini nyata lebih bersedia dan ini dapat dilihat daripada respons yang baik daripada penonton di studio," katanya yang ditemui selepas program tersebut.

Sementara itu, antara kumpulan yang berjaya menarik perhatian penonton ialah Osama, Boboi, Sepahtu, Shiro dan Jambu.

MLM 2013 turut mengumumkan barisan juri iaitu Datuk Yusof Haslam, Nora Danish, Luna Maya (Indonesia) dan Sheikh Haikal (Singapura).

Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

Juara MLM 2013 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.

MLM 2013 bersiaran secara langsung bermula 15 November 2013, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan