Enam Lagu Terpilih Dalam Separuh Akhir Kedua Muzik-Muzik 28

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najwa Latif
Najwa Latif

SHAH ALAM: Enam buah lagu mempunyai peluang melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas mendapat markah tertinggi pada peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 28 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Jumaat.

Lagu-lagu terdiri daripada Kau Yang Terindah (Alyah), Hanya Aku (Hyper Act), Sahabat (Najwa Latiff, Sleeq & Shamkamarul), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimate) dan Aku Pelat (Salam Musik).

Pada pertandingan peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 28 turut menyaksikan persembahan daripada Kita(Forteen),Adamu (Najwa Latiff), 5 Minit (Ramlah Ram ft Caprice), Dewi cinta (Adira) dan Penghibur Jalanan ( Amir Jahari).

Sementara itu, separuh akhir pertama yang berlangsung minggu lalu menyaksikan enam buah lagu terdiri daripada In Love With You, Penglipurlara, Jangan Pergi, Agenda Jahiliah, Takkan Terpisah dan Permata.

Bagaimanapun, 12 buah lagu yang dipilih ini belum menjamin tempat ke AJL28 kali ini.

Keputusan akhir 12 buah lagu yang layak akan diumumkan pada separuh akhir ketiga yang akan berlangsung pada 22 November depan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan