Eman Manan Tegur Pelakon Kurang Ilmu Pertahanan Diri

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Eman Manan
Eman Manan

PETALING JAYA: Mana-mana artis yang berhasrat untuk muncul sebagai pelakon aksi seni mempertahankan diri perlu belajar terlebih dahulu kemahiran itu agar lakonan mereka kelihatan lebih realistik.

Aktor Eman Manan, 55, berkata, kebanyakan pelakon hari ini gagal mempamerkan aksi seperti yang dikehendaki sehingga ia kelihatan janggal apabila ditonton gara-gara tiada asas ilmu berkenaan.

"Orang yang tahu tentang seni mempertahankan diri akan dapat mengesan sejauh mana individu itu memahami seni mempertahankan diri.

"Hasilnya, lakonan daripada pelakon yang tiada ilmu itu akan memalukan. Jadi bagi pelakon-pelakon yang ingin berlakon aksi, lebih baik pergi belajar asas di mana-mana kelas mempertahankan diri terlebih dahulu tidak kiralah sama ada silat, tekwando atau karate sekalipun," katanya kepada mStar Online.

Tambah Eman, sesebuah filem atau drama perlu menitik beratkan aspek tersebut kerana ia merupakan salah satu kayu ukur terhadap kualiti sesebuah filem.

"Tidak guna kalau sesebuah filem aksi mendapat kutipan tinggi tapi kita tidak tahu apa yang cuba mereka sampaikan apabila tampil dengan seni mempertahankan diri yang tunggang-langgang.

"Mereka seharusnya buat kajian tentang itu, barulah filem-filem kita ada identiti tersendiri dan boleh dijual di luar negara," katanya.

Selain itu, Eman turut menegur adegan mengaji Al-Quran yang dilakonkan kebanyakannya tidak mengikut tajwid yang betul.

"Saya cukup marah dengan adegan yang memerlukan pelakon untuk membaca Al-Quran tetapi tidak membacanya dengan tajwid yang betul.

"Mereka tahu berapa ramai yang menontonnya, jika tidak tahu membaca Al-Quran kenapa tidak belajar menyebutnya dengan tajwid yang betul," katanya.

Bagaimanapun, Eman berkata, masih terdapat pelakon baharu yang boleh dibanggakan dan mampu membawa watak dalam lakonan mereka dengan berkesan.

"Kalau dulu saya sangat suka lakonan Zulhuzaimy tapi kini sudah jarang melihat dia berlakon, sekarang ini Shaheizy Sam, Namron, Que Haidar dan Remy Ishak," katanya.

Tambah Eman biarpun tidak begitu aktif dalam bidang lakonan, dia masih mengikuti perkembangan industri filem dan drama tanah air.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan