Liam Hemsworth Sahkan Masih Solo

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liam Hemsworth
Liam Hemsworth

PELAKON Liam Hemsworth yang sebelum ini dikaitkan dengan penyanyi Maxico iaitu Eiza Gonzalez memberitahu dia tidak mempunyai teman wanita istimewa buat masa ini.

Selepas berpisah dengan penyanyi Miley Cyrus, pelakon ini dikatakan agak rapat dengan wanita tersebut.

Beberapa gambar mesra mula tersebar pada September lalu seperti dilaporkan huffungtonpost.com.

Namun ketika ditemui media baru-baru ini, Liam menjelaskan dia kini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana wanita.

Liam berpisah dengan Miley pada September lalu selepas hampir empat tahun menjalinkan hubungan cinta.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan