Pengikut Siti Nurhaliza & KJ Berbalah Kerana Twitter

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gara-gara status Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi akaun Twitter miliknya, pengikut kedua-dua selebriti itu berbalah sehingga ada di antara mereka mengeluarkan kata-kata kurang manis.

Kebanyakan status Twitter lebih dilihat menghentam Siti apabila mereka menyifatkan penyanyi itu tidak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri.

"Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket," kata salah seorang pengikut Khairy.

Pada Selasa lalu, Siti melalui akaun Twitter miliknya @CTNurhaliza11 telah menegur Khairy dengan menyifatkan menteri itu terlalu lantang menegur sesuatu dan perbuatan tersebut dilihatnya seolah-olah agak biadab terhadap pemimpin yang lebih veteran.

Siti kepada sebuah akhbar pada Rabu berkata, beliau sekadar menegur kerana perkataan ‘budak suruhan’ yang dikatakan oleh Khairy i agak kurang manis apatah lagi beliau merupakan seorang menteri muda yang dipandang tinggi.

Terdahulu Khairy telah mengkritik bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir apabila menyifatkannya sebagai ‘budak suruhan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam pada itu, pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti supaya tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut selain menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara.

Bagaimanapun peminat Siti dilihat lebih berhemah dalam membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu.

"Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?" kata salah seorang pengikut Twitter Siti.

Dalam pada itu Siti Nurhaliza yang dihubungi melalui pengurusnya, Rozi Razak pada Rabu bagi mengulas mengenai perbalahan berkenaan enggan memberi komen kerana tidak mahu perkara itu terus berpanjangan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan