Rahmat (Mega) Lesap RM6,000 Ditipu 'Tuhan Harun'

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rahmat (Mega)
Rahmat (Mega)

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Mega iaitu Rahmat Tohak merupakan antara artis yang pernah diperdaya oleh individu yang dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’ melalui satu skim pelaburan beberapa tahun lalu.

Rahmat, 44, yang popular dengan lagu Bayangan Gurauan berkata, individu berkenan iaitu Harun Mat Saad, 47, memintanya melabur sebanyak RM6,000 sebagai modal permulaan untuk satu skim pelaburan selain menjanjikan akan mendapat keuntungan sebanyak RM30,000 dalam masa yang singkat.

“Selepas menunggu sehingga waktu yang dijanjikan, wang RM30,000 itu tidak saya terima manakala individu berkenaan pula melarikan diri. Akhirnya saya tahu yang saya sudah diperdaya,” katanya kepada mStar Online.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin menggesa pengikut Tuhan Harun agar menyerah diri kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu.

Harun, yang menggelar dirinya sebagai Tuhan Harun ketika ini berada dalam tahanan polis selepas gagal dalam ikat jamin melibatkan pelbagai kes penipuan selain menubuhkan kumpulan ajaran sesat.

Dia dipercayai berjaya mengumpul aset melalui urus niaga palsu yang dianggarkan bernilai RM200 juta pada tahun 2008.

Dalam pada itu Rahmat berkata, selain penipuan dalam bentuk pelaburan, individu berkenan juga berjaya memperdayakan beberapa artis ternama apabila tidak membayar upah mereka selepas mengadakan persembahan dalam Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati, Shah Alam pada April 2009.

Antara artis yang diperdayanya dalam konsert itu ialah Amy (Search), Mawi, Yantzen, Datuk Jamal Abdillah dan juga Datuk Ramli Sarip.

“Saya percaya ramai lagi artis yang pernah ditipu oleh Tuhan Harun ini tetapi mereka tidak mahu bersuara. Saya harap tindakan tegas dapat dilakukan kepada dia dan pengikut-pengikutnya,” kata Rahmat.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan