Khalwat: Pasangan Mengaku Salah, Shahrizal Jaszle Tidak

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

Shahrizal (kanan) bersama peguamnya, Asyraf A. Ranee di Makmahah Rendah Syariah daerah Petaling pada Selasa. Foto: RAJA FAISAL HISHAN/The Star.
(Ubah saiz teks)

Shahrizal (kanan) bersama peguamnya, Asyraf A. Ranee di Makmahah Rendah Syariah daerah Petaling pada Selasa. Foto: RAJA FAISAL HISHAN/The Star.
Shahrizal (kanan) bersama peguamnya, Asyraf A. Ranee di Makmahah Rendah Syariah daerah Petaling pada Selasa. Foto: RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Petaling di sini pada Selasa.

Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, membuat pengakuan itu di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Bagaimanapun pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

Sehubungan itu mahkamah memerintahkan Farah Nurizzati membayar denda RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah bagaimanapun membebaskan Shahrizal dengan wang jaminan RM1,500 dan menetapkan 21 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan terhadapnya.

Dalam kejadian 16 Mei lalu, Shahrizal dan Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 25, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada hari raya Aidiladha lalu.

Ketika di mahkamah, pelakon lelaki itu diwakili peguam syarie, Asyraf A. Ranee.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan