Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Akibat Strok

Diterbitkan: Isnin, 11 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Busu meninggal dunia akibat penyakit strok.
Ahmad Busu meninggal dunia akibat penyakit strok.

PETALING JAYA: Pelakon Ahmad Busu, 60, yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas Maghrib iaitu kira-kira pukul 7.05 malam pada Ahad.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini.

Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.

"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas Maghrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.

"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga empat orang anak.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan