Media Prima Terbit Lebih 100 Program Menjelang 2014

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Izham Omar
Ahmad Izham Omar

KUALA LUMPUR: Lebih seratus program baharu dan menarik bakal disiarkan di semua Rangkaian Televisyen Media Prima sepanjang 2014 melalui saluran TV3, ntv7, 8TV dan TV9.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, fokus syarikat media itu pada tahun hadapan adalah untuk menambat hati penonton dengan pelbagai program yang bertaraf global.

"Bagi memastikan program memenuhi kehendak penonton, beberapa program diterbitkan secara usaha sama dengan syarikat-syarikat penerbitan utama serata dunia.

"Kami juga memberi tumpuan dalam membawakan kandungan program sukan berprofil tinggi," katanya pada majlis Media Prima Screening 2014, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, beberapa program utama juga dijangka akan dikembalikan seperti Bintang Mencari Bintang, Liga lawak Superstar, dan Mentor Legend.

Sementara itu, Media Prima juga komited dalam menganjurkan acara-acara persembahan secara langsung seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Penonton boleh menikmati kandungan yang kami sediakan mengikut kehendak masing-masing, manakala pengiklan pula mendapat manfaat melalui capaian paling tinggi berbanding rangkaian media lain," ujarnya.

Antara program drama tempatan yang bakal disiarkan dan dijangka mendapat perhatian ialah Derhaka Seorang Madu, Cerita Cinta Kita, Jalan Mati dan Cinta Ilahi.

Dalam pada itu, program khas sempena ulang tahun ke 30, TV3 pertama kali akan menganjurkan Festival Drama selama empat bulan.

Acara ini akan membariskan artis, pengarah, penerbit dan penulis skrip yang terkenal dengan penganjuran bengkel, sesi uji bakat dan banyak lagi.

Sementara itu, saluran ntv7 masih mengekalkan penganjuran program tahunan terbaik seperti Bella Award, Penang Striker dan Projek Earth serta beberapa telefilem sempena Tahun Baru Cina.

Manakala saluran 8TV turut akan menganjurkan semula program realiti popular One in A Million bagi melahirkan bakat-bakat baru dalam industri hiburan tanah air.

Sementara itu majlis berkenaan turut dimeriahkan oleh persembahan daripada penyanyi luar negara Shane Filan serta Najwa Latif.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan