Yuna Serasi Bikin Muzik Di Amerika Syarikat

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Yuna mengakui semakin serasi bekerja di Amerika Syarikat (AS) dalam usaha mengembangkan karier seni muziknya sejak menetap di negara itu pada tahun 2012.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 27, yang kini di bawah syarikat rakaman milik komposer David Foster iaitu Verve Records berkata, keserasian itu wujud memandangkan dia sering bekerjasama dengan penggiat-penggiat muzik di sana yang penuh dengan inspirasi karya baharu.

"Bekerja di AS sangat menyeronokkan terutamanya apabila berada dalam lingkungan penggiat muzik yang tidak henti-henti berkarya.

"Sudah tentu saya seronok berada dalam industri muzik Malaysia tetapi AS mempunyai inspirasi muzik yang luas dan pelbagai, terlalu ramai pemuzik berbakat yang saya bekerjasama.

"Keadaan itu membuatkan saya rasa lebih selesa dan aktiviti harian saya hanya tertumpu sepenuhnya dengan muzik," katanya.

Tambah Yuna, kerana itu juga dia berjaya menghasilkan album terbaharu berjudul Nocturnal yang memberi input muzik berbeza berbanding hasil karya-karyanya sebelum ini.

Dalam pada itu, Yuna turut berkata, album Nocturnal yang sudah pun dipasarkan di Malaysia pada kali ini menonjolkan sisi kematangan dalam penyampaian muziknya.

"Nocturnal menunjukkan sisi kematangan saya bagi setiap lagu yang dibawakan. Rasa macam diri saya seorang yang berbeza pada album sebelum ini.

"Mungkin kerana saya mendalami pelbagai muzik di sini (AS) ia juga meluaskan pengetahuan muzik saya. Dan melalui itu juga saya gabungkan kesemua elemen muzik dalam lagu yang dicipta sehinggakan ia menghasilkan sebuah karya yang sukar untuk mengklasifikasikan ia sebagai genre apa," tuturnya.

Nocturnal memuatkan sebanyak 14 buah lagu yang antaranya seperti Falling, Mountains, Rescue, Lights and camera, Lovely Intermission, Someone Who can, I Want You Back, Come Back, Colors, I Wanna Go dan Escape.

Lagu-lagu pada album tersebut turut mendapat sentuhan Yuna sendiri sebagai penulis lirik dan komposer selain bekerjasama dengan ramai penerbit terkenal di Amerika Syarikat.

Membawa konsep pop organik, R&B Soul dan akustik, penyanyi itu juga turut melancarkan single pertama dari album tersebut berjudul Falling yang diterbitkan oleh komposer, Robin Hannibal.

Yuna telah mendapat pelbagai pengiktirafan di negara tersebut apabila majalah Rolling Stone menggelarnya 'bintang yang bakal menyinar' selain The New York Times menyifatkan karyanya sangat segar dan memberi pembaharuan kepada landskap muzik di negara berkenan.

Yuna juga bakal mengadakan konsert jelajah di Amerika Syarikat selepas album tersebut dilancarkan dan tarikh persembahan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan