Fauzi Nawawi Tangguh Tayang Filem 'Pak Pung' - Berita Hiburan | mStar

Fauzi Nawawi Tangguh Tayang Filem 'Pak Pung'

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fauzi Nawawi tidak mahu mengambil risiko dengan menayangkan filem pertama arahannya ekoran kelembapan penjualan tiket filem tempatan tahun ini.
Fauzi Nawawi tidak mahu mengambil risiko dengan menayangkan filem pertama arahannya ekoran kelembapan penjualan tiket filem tempatan tahun ini.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem Fauzi Nawawi terpaksa menunda tayangan filem pertamanya berjudul Pak Pung pada tahun hadapan kerana bimbang ia gagal mendapat sambutan daripada penonton.

Fauzi, 40, berkata, keputusan itu dibuat kerana pasaran filem tempatan yang agak lembap ketika ini dan tidak mahu mengambil risiko untuk menayangkan filem itu.

"Filem berkenaan telah siap 100 peratus dan sepatutnya ia ditayangkan pada tahun ini tetapi dengan keadaan pasaran filem tempatan yang lembap membuatkan saya tidak berani mengambil risiko kerana bimbang ia tidak akan mendapat sambutan," katanya kepada mStar Online.

Filem yang menelan kos sebanyak RM2 juta terbitan 9 Country Sdn Bhd itu menampilkan barisan pelakon seperti Izreen Azmidar, Siti Saleha, Marsha Milan Londoh, Syawal, Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof, Saiful Apek, Lisdawati selain penampilan istimewa model popular, Amber Chia.

Dalam perkembangan sama, Fauzi berkata, dia lebih berhati-hati agar filem berkenaan tidak tersebar di Internet seperti mana berlaku kepada KL Gangster 2 selain memastikan salinan asal filem itu sentiasa ada padanya.

Jelas Fauzi, kejadian yang menimpa karya arahan Syamsul Yusof itu memberikan pengajaran kepada pembikin filem baharu sepertinya untuk lebih berhati-hati.

"Saya sedar jika simpan filem ini terlalu lama ia akan mengundang masalah seperti mana berlaku kepada KL Gangster 2 tetapi buat masa ini salinan asal belum diserahkan kepada mana-mana pihak.

"Ia hanya akan dihantar ke Lembaga Penapisan Filem (LPF) apabila kami sudah bersedia untuk menayangkan filem ini," katanya.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan