Duet Bersama Siti Nurhaliza Berjaya Kembangkan Muzik MonoloQue

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Logue bersama Siti Nurhaliza
Logue bersama Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR: Kumpulan MonoloQue mengakui kolaborasi bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza telah membantu mereka untuk memperkenalkan muzik yang diperjuangkan kepada pendengar lebih besar.

Vokalis utama kumpulan itu, Khairil Annuar Ridzwan Alias atau Loque berkata, duet mereka menerusi lagu patriotik berjudul Tanahairku Tanahairmu Jua itu mendapat perhatian ramai walaupun genre diketengahkan agak berbeza daripada karya sedia ada.

"Muzik yang kami perjuangkan mempunyai bunyi yang berbeza dan masih belum ramai yang mengenalinya dan harus saya akui kolaborasi tersebut sedikit sebanyak membantu kami memperkenalkan perjuangan muzik MonoloQue kepada pendengar lebih besar.

"Gabungan muzik kami dan suara merdu Siti menjadikan lagu berkenaan satu eksperimen menarik dan berjaya," katanya kepada mStar Online.

MonoloQue ditemui pada majlis pelancaran EP terbaharu mereka berjudul Inderaloka yang diadakan di Restoran Rebung di sini, Khamis.

Dalam perkembangan berkaitan, Loque berkata, pengalaman merakamkan lagu berkenaan bersama Siti sebagai peluang keemasan buat mereka dan menyifatkan penyanyi terkenal itu seorang yang merendah diri.

Jelas Loque, Siti juga turut menyumbangkan idea semasa proses rakaman lagu tersebut dan kagum dengan sisi lain penyanyi itu yang berani mencuba kelainan.

"Kami memberikan kredit kepada Siti dalam susunan semula lagu tersebut dan idea yang diberikan semasa proses rakaman membantu kami memperbaiki struktur lagu berkenaan," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai Inderaloka, Loque berkata, ia bukan karya penuh kumpulan itu sebaliknya sebagai pengenalan kepada album kedua mereka yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Jelas Loque, EP berkenaan adalah sebagai kesinambungan transisi muzik mereka daripada album pertama dan yang terbaharu nanti.

"Saya menggelar album mini ini sebagai jambatan yang menghubungkan karya pertama dahulu dan album terbaharu kami nanti.

"Beberapa elemen lama dari karya terdahulu dimasukkan dengan gabungan bunyi baharu sebelum kami beranjak kepada bahan baharu," katanya.

Dalam pada itu, Loque berkata, penerimaan peminat terhadap muzik mereka semakin berkembang walaupun ada berpendapat ia tidak digemari oleh pendengar arus perdana.

Jelasnya, mereka berasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan muzik baharu kepada peminat dengan tidak meniru atau mengulang formula yang pernah digunakan sebelum ini.

"Benda yang baharu memang sukar untuk diterima dengan meluas pada peringkat awal namun ia bukan alasan untuk terus mencuba dan mempercayai apa yang anda perjuangkan.

"Alhamdulillah penerimaan terhadap MonoloQue semakin berkembang dan ramai mula menyedari akan muzik kami perjuangkan," ujarnya.

Selain Tanahairku Tanahairmu Jua EP tersebut turut memuatkan tiga lagi lagu iaitu Inderaloka (Yang Ku Perlu) , Mawar Putih Tanda Perpisahan dan Hari Raya Ini Dalam Sejarah.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan