PFM Desak Finas Ambil Tindakan Tegas Kepada Pemilik Panggung

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pansha menggesa Finas untuk mengambil tindakan drastik terhadap pihak Pemamer yang mengenakan Bayaran Cetak Maya(Virtual Print Fee) terhadap penerbit filem tempatan.
Pansha menggesa Finas untuk mengambil tindakan drastik terhadap pihak Pemamer yang mengenakan Bayaran Cetak Maya(Virtual Print Fee) terhadap penerbit filem tempatan.

KUALA LUMPUR: Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mendesak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menggunakan kuasa yang dimiliki untuk mengambil tindakan drastik terhadap pihak Pemamer (pawagam) yang mengenakan Bayaran Cetak Maya (Virtual Print Fee) terhadap penerbit filem tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif PFM, Pansha Nalliah berkata, Bayaran Cetak Maya atau VPF merupakan tuntutan pihak pawagam bagi membiayai pembelian peralatan pawagam dalam bentuk Sinema Digital dan kos menukar peralatan teknologi digital itu yang bernilai RM150,000 hingga RM400,000.

"Sehingga kini hampir semua penerbit filem membuat aduan mengenai perkara ini di mana mereka perlu membayar sebanyak RM1,500 untuk setiap dewan pawagam jika filem yang diterbitkan itu ingin ditayangkan secara digital.

"Ia dilihat seperti tidak adil kepada pihak penerbit dan mereka terpaksa menandatangani kontrak tersebut kerana jika tidak filem mereka tidak akan ditayangkan

"Sehingga kini pihak Finas telah menghantar surat kepada Pemamer mengenai perkara tersebut tetapi ia tidak diendahkan. Sudah tiba masanya Finas mengambil tindakan drastik terhadap mereka (Pemamer)" katanya.

Pansha ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Finas. Turut hadir ahli PFM iaitu Nancie Foo dan Zahrin Aris.

Tambah Pansha, VPF disifatkan sebagai idea 'kotor' pihak Pemamer yang mengambil kesempatan apabila penerbit berjaya mengurangkan kos menghasilkan filem selepas menggunakan Sinema Digital berbanding penggunaan filem 35mm sebelum ini yang lebih mahal.

Penjimatan kos tersebut dijadikan alasan oleh Pemamer kepada pihak penerbit untuk menyumbangkan kos menukar peralatan digital yang diganti oleh pawagam.

"Sebenarnya pihak pawagam tiada pilihan disebabkan perubahan teknologi semasa di mana filem-filem Hollywood hanya membekalkan dalam bentuk digital dan bukan lagi 35mm.

"Tetapi penerbit tempatan pula yang menjadi mangsa untuk menampung kos penukaran alatan digital pawagam.

"Saya rasa sudah tiba masanya pihak Pemamer yang semakin menguasai industri perfileman tempatan dikenakan tindakan tegas," ujarnya.

Sementara itu, pada sidang media tersebut, PFM turut mengumumkan sebanyak lima buah filem tempatan akan dicalonkan dalam Festival Filem Asia Pasifik yang ke-56 (APFF56).

Filem-filem tersebut adalah Aku Terima Nikahnya terbitan Metrowealth Pictures Sdn Bhd, KIL (Grand Brilliance Sdn Bhd), The Golden Couple (Asia Tropical Films Sdn Bhd) dan Bikers Kental (Astro Shaw Sdn Bhd) dan Juvana (Filmscape Sdn Bhd).

Sebanyak 60 buah filem dari 23 buah negara mengambil bahagian pada APFF56 yang bakal berlangsung pada15 Disember depan di Macau, China.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan