Doktor Arah Rahim Razali Berehat Sebulan

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rahim Razali
Rahim Razali

PETALING JAYA: Pelakon Datuk Rahim Razali, 71, diarahkan berehat selama sebulan daripada melakukan sebarang aktiviti seni selepas beliau selesai menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan dalam otaknya pada 31 Oktober lalu.

Rahim berkata, dia telah dibenarkan keluar wad pada Ahad lepas selepas doktor mendapati keadaan kembali stabil selain bersyukur tahap kesihatannya yang kembali pulih.

"Alhamdulillah, saya lebih sihat sekarang, malah lebih bertenaga berbanding sebelum ini. Saya turut bersyukur dengan proses pembedahan yang berjalan dengan lancar.

"Cuma saya perlu berehat di rumah selama sebulan selain menjalani rawatan susulan mengikut jadual yang diberi oleh doktor," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Tambah Rahim, walaupun sudah pulih sepenuhnya, namun dia tetap berjaga-jaga agar penyakit tersebut tidak berulang lagi.

Rahim dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway di sini pada 27 Oktober lalu selepas mengalami sakit kepala ketika menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang sehingga terpaksa di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Selepas dihantar ke pusat perubatan itu oleh keluarga, pihak hospital terpaksa menahan Rahim apabila ujian sinar X mendapati terdapat kesan darah pada otaknya yang dikenali sebagai subdural hemorrhage dan perlu dibedah segera.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan