Sofi Jikan Mula Hilang Semangat Untuk Berlakon

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sofi Jikan. Foto NORAFIFI EHSAN
Sofi Jikan. Foto NORAFIFI EHSAN

PETALING JAYA: Pelakon Sofi Jikan meluahkan perasaan kurang senangnya mengenai industri perfileman yang dilihat semakin hancur apabila kebajikan pelakon dan karya-karya penggiat seni semakin diabaikan.

Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 43, berkata, ia dapat dilihat apabila dirinya sebagai pelakon juga tidak mendapat kebajikan sebaiknya, malah masih lagi dipandang rendah dengan diberi watak remeh selain bayaran yang sedikit.

"Kalau nak diikutkan pengalaman, saya mampu menjana pendapatan sebanyak enam angka tetapi sayang sekali ia sekadar harapan kerana industri kita tahu mengambil untung lebih dan hasilkan lebih banyak produk tanpa menjaga kebajikan para pelakon.

"Kita ada ramai pelakon hebat setanding Hollywood, tapi layanan yang diterima tidak setanding. Pelakon dan pekerja industri kita tiada masa depan dan jaminan.

"Begitu juga dengan filem-filem tempatan yang dipandang rendah, lama-lama kita semua akan 'mati' dan ini buatkan saya hilang semangat untuk bekerja," katanya.

Tambah Sofi, dia juga terkilan apabila sering diberi watak sama iaitu lelaki gangster sejak berlakon watak tersebut dalam filem KL Gangster.

Keadaan itu juga membuatkan Sofi nekad menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu 1Man Film Sdn Bhd bagi memberi kepuasan pada diri sendiri dalam pemilihan watak serta menguruskan konsep kerja sesebuah produksi.

"Kekecewaan itu membuatkan saya tubuhkan sebuah produksi. Saya merancang ingin membetulkan semula cara kerja industri kita yang huru-hara.

"Bayangkan, apa yang mengecewakan saya ialah apabila diminta untuk mengadakan sesi latihan sebelum memulakan lakonan untuk sesebuah babak, ada yang tidak memberikan kebenaran, atas alasan mahu kejar masa. Jika latihan pun tak boleh, mana hak saya sebagai seorang pelakon?

"Selain itu dengan menubuhkan syarikat juga saya dapat memilih watak yang diinginkan. jadi tak adalah watak tipikal sahaja yang sering saya terima," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Sofi buat pertama kalinya bakal muncul dengan sebuah lagu terbaharu bergandingan bersama kumpulan Aisunam berjudul Madu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan