Peluang Untuk Jadi Artis Kini Lebih Mudah - Tomok

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Tomok menganggap peluang menjadi artis kini lebih terbuka luas berbanding zaman ketika dia mula-mula menceburi bidang seni dahulu.

Tomok atau nama sebenar Shah Inderawan Ismail, 29, mengakui dia terpaksa melalui banyak rintangan dan memasuki pelbagai pertandingan nyanyian untuk mencari tapak dalam industri ini.

"Kalau kita lihat peluang untuk jadi artis kini terbuka luas dengan pelbagai progran realiti. Tidak kira dewasa mahupun untuk kanak-kanak.

"Ketika zaman saya dahulu sangat susah untuk jadi artis, seawal usia lapan tahun saya dah memasuki pelbagai pertandingan nyanyian peringkat sekolah dan mana-mana pertandingan yang ada. Ketika itu untuk masuk televisyen bukan senang dan tiada peluang seperti sekarang," katanya ketika ditemui mStar Online.

Tomok yang pernah popular dengan kumpulan New Boyz suatu ketika dahulu menganggap pengalaman tersebut menjadikannya lebih yakin untuk berada di kedudukannya sekarang.

Katanya, biarpun kini dia lebih dikenali selepas menjuarai program realiti One In A Million (OIAM), namun ia bukan sesuatu yang mudah untuk dirinya sampai ketahap ini.

"Bagi saya jika kita tahu bagaimana kesusahannya untuk berada di sini, kita tidak akan sia-siakan peluang yang ada dan buat dengan bersungguh-sungguh.

"Kalau mahu jadi penyanyi biar betul-betul jadi penyanyi, jangan ada niat lain dan hanya sekadar suka-suka sahaja," katanya.

Sementara itu, Tomok yang bertanggungjawab sebagai juri tetap dalam program realiti Idola Kecil muzik ke-6 turut akan berkongsi pengalaman pahit manisnya kepada peserta-peserta tersebut.

"Saya mahu berkongsi pengalaman yang dilalui dengan peserta-peserta cilik ini. Saya faham debaran dalam program realiti sangat berbeza dengan pertandingan karaoke biasa," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan