Jason Chong Belum Sedia Berlakon Sambil Mengarah

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jason Chong. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR
Jason Chong. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem Jason Chong mengakui belum bersedia untuk mengarah dan pada masa sama berlakon dalam sebuah karya yang dihasilkan.

Jason berkata, dia tidak yakin melakukan dua kerja pada satu masa dan menganggap ia boleh melambatkan lagi sesebuah kerja produksi.

"Saya tak nampak yang saya mampu lakukan dua kerja pada satu masa tetapi kagum melihat beberapa pengarah yang berbuat demikian.

"Ianya bukan mudah, silap haribulan saya boleh melewatkan sesebuah kerja produksi. Selain itu saya takut diri tidak puas dengan lakonan sendiri," katanya.

Bagaimanapun tambah Jason, dia lebih senang jika dapat terlibat menghasilkan skrip dalam filem arahannya kerana yakin kekuatan dalam menyampaikan visual yang ingin difilemkan.

Sementara itu, Jason bakal muncul dengan filem arahan keduanya iaitu Ular, terbitan Showbiz Production pada 5 Disember depan.

Beritahu Jason, berbeza dengan filem sulungnya iaitu Belukar, Ular memberikan cabaran yang luar biasa lebih-lebih lagi ia melibatkan 13 ekor ular batik.

"Kita tidak mahu menjadikan filem ini biasa dan sebab itu banyak perkara yang dilakukan untuk memberikan kelainan kepada filem ini.

"Sudahlah saya dan kru produksi perlu 'bermain' dengan 13 ekor ular, kami juga perlu membaya seorang bayi berusia empat bulan ke dalam hutan di Pulau Pangkor. Risau juga dibuatnya tetapi saya gembira ia berjalan dengan lancar," ujarnya.

Dalam pada itu, filem yang menelan belanja sebanyak RM2 juta itu juga menggunakan teknik penjanaan imej berkomputer (CGI) bagi memberikan kesan yang lebih baik kepada filem itu.

Filem Ular dibarisi pelakon Lisa Surihani, Yusry, Zarina Zainuddin, Nam Ron, Izzue Islam, Sharifah Shakinah, Zarina Anjoulie Lavokah dan Haron Salim Bachik.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan