Dari Sinar Mata & Karma Abah Menarik Sempena Awal Muharam

Diterbitkan: Ahad, 3 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari Sinar Mata.
Dari Sinar Mata.

PETALING JAYA: Dua buah telefilem menarik bakal menemui penonton bersempena Awal Muharam atau Maal Hijrah iaitu Dari Sinar Mata dan Karma Abah yang akan disiarkan di TV3.

Dari Sinar Mata bakal bersiaran pada 6 November pada pukul 9 malam dan Cerekarama khas Karma Abah pada 9 November pada pukul 10 malam yang diwarnai oleh barisan pelakon handalan seperti Faizal Hussein, Eja, Cha Cha Maembong, Aedy Ashraff, Sweet Farhana, Fathil Dani, Siti Saleha, Shah Jazle, Jasmine Hamid dan Kismah Johar.

Selain menggamit emosi kedua-dua drama tersebut sarat dengan pengajaran bersesuaian dengan sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.

Atas permintaan ramai juga TV3 akan menyiarkan kembali lapan telemovie istemewa bermula 4 sehingga 7 November iaitu Wulan Puteri Bulan, Senario Misteri Malam Raya, Kalut, Qarina, OMG Raya, Malaikat Di Pintu, Saya Terhebat dan Aku Bukan Malaikat.

Berikut adalah senarai program-program istimewa bersempena Maal Hijrah di TV3:

Isnin (4 November 2013)

Wulan Puteri Bulan - 9.30 pagi

Cerita dongeng Indonesia ini mengisahkan Datuk Buluh telah menemui rebung buluh yang bersinar di dalam sebuah hutan lalu membelahnya dan lahirlah seorang bayi perempuan dan diberi nama Wulan.

Semenjak memelihara Wulan, rezekinya bertambah baik kerana selalu terjumpa emas dan menjadikannya kaya dan dalam masa tiga bulan Wulan telah membesar dan menjadi seorang gadis yang cantik.

Pelakon: Yofana, Ahmad Nugraha, Sri Hartini dan Thomas Joseft.

Senario Misteri Malam Raya - 5.00 petang

Wahid, Lan dan Azli bersama isteri masing-masing dijemput ke sebuah banglo mewah untuk berbuka puasa sehari sebelum Hari Raya tanpa mengetahui siapakah tuan banglo tersebut.

Tuan banglo tersebut sering menimbulkan masalah kepada mereka bertiga. Keadaan menjadi tegang apabila Wahid, Lan dan Azli mendapati tuan punya banglo ditemui mati setelah elektrik terpadam. Siapakah pembunuh sebenar? Berjayakah Wahid, Lan dan Azli membuktikan diri sendiri tidak bersalah atas kejadian ini? Pelakon: Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, , Joey, Siti Chubby, Raja Ilya, Shakila Khoriri, Tocai, Gegau.

Selasa (5 November 2013)

Kalut – 9.30 pagi

Anak-anak Sufian dan Niza sedar bahawa setiap tahun mereka beraya di kampung, Mak Lang Qarina akan menunjuk-nunjuk kemewahannya.

Dengan itu, mereka mencari jalan untuk membantu ibu bapa mereka untuk berjimat demi persiapan Hari Raya. Salah seorang pelanggan Sufian, Fifi menawarkan peluang untuk menggayakan koleksi baju kepada mereka.

Pelakon: Zul Yahya, Nadia Mustafa, Fiza Halim, Khatijah Tan, Fazli Daniel Ali, Maisara Syazreen.

Qarina - 3.00 petang

Qarina, anak perempuan Azimal dan Rozita yang berusia 11 tahun. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, Daniel dan Elfira.

Ibu bapanya terlalu materialistik dan gemar menunjuk-nunjuk apa yang dimiliki mereka supaya orang ramai mengetahui mereka kaya. Satu hari, Qarina bertemu dengan Ustaz Adib, seorang yang pakar dalam seni khat Bahasa Arab.

Pelakon: Ashraf Muslim, Adik Farah Nadia, Emelda Rosmila, Faizal Hussain, Erynne Erynna, Airil Fesol.

OMG Hero Kampung – 5.00 Petang

Drama komedi muzikal ini merupakan kesinambungan empat orang anak muda yang berbakat dalam muzik di Kampung London. Satu hari, Kampung London dilanda kes kecurian harta misteri.

Hampir setiap hari kasut, basikal, motorsikal dan segala barang yang diletakkan di luar rumah hilang tanpa dapat dikesan sehingga menjadi pergaduhan dan tuduh-menuduh sesama penduduk kampung.

Pencuri tersebut juga menggunakan taktik hantu untuk menakutkan penduduk kampung supaya tidak keluar rumah. Kumpulan OMG cuba menyelesaikan masalah kecurian setelah studio mereka sendiri turut dirompak oleh pencuri tersebut dan Bo kehilangan gitar kesayangannya.

Pelakon: Black, Amir Jahari, Anas Ridzuan, One Sofazr, El Faeza Ul-Haq, Shakila Khoriri, Arash Mohd.

Rabu (6 November 2013)

Malaikat Di Pintu – 9.30 Pagi

Ridwan sebelum ini dibesarkan di rumah anak yatim. Namun kini ibu saudaranya, Zai akan mengambil Ridwan untuk dijaga. Walaupun sudah beberapa tahun berkahwin, namun Zai dan Mus tidak dikurniakan anak.

Mus kurang senang dengan kehadiran Ridwan namun dia mengikut sahaja permintaan isterinya kerana tidak mahu bertelagah.

Pelakon: Awie, Yana Samsudin, Fazli Daniel, Fakhrusy Syakirin, Puteri Balqish, Aziz Singah.

Dari Sinar Mata – 9.00 malam

Syamil dan Syara merupakan pasangan muda yang baru mendirikan rumahtangga. Syamil pula anak tunggal kepada Mak Som dan semenjak berkhawin Mak Som lalu tinggal dengan mereka.

Mak Som selalu mendesak supaya mereka mendapat cucu dengan segera. Bosan dengan leteran Mak Som, Syara dan ibunya berpakat menipu dengan mengatakan Syara mengandung.

Pelakon: Siti Saleha, Shah Jazle, Jasmine Hamid, Kismah Johar, Mak Engku.

Khamis (7 November 2013)

Aku Bukan Malaikat - 10.00 malam

Sejak kecil lagi kehidupan Mardiah penuh dengan derita. Dia terpaksa mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarganya. Malah dia sering dipaksa oleh bapanya untuk membeli dadah.

Mardiah nekad untuk mengubah kehidupannya dengan berhijrah ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur pula, Mardiah berkenalan dengan seorang lelaki berkulit hitam, Duke.

Pelakon: Datin Umie Aida, Beto Kusyairy, Amar Baharin, Elfira Loy, Sharifah Amani, Fadzilah Mansor.

Sabtu (9 November 2013)

Karma Abah - 10.00 Malam

Zaleha merupakan isteri yang rajin mencari duit untuk membantu keluarga dan berdikari.

Suaminya, Nasir merupakan tukang kebun di sekolah merupakan seorang yang pemalas dan tidak mahu berkerja keras. Nasir berkenalan dengan Liza yang berkerja di kantin sekolah.

Nasir menawarkan Liza untuk menyewa di rumah milik isterinya di sebelah rumah mereka. Nafsu menguasai segalanya apabila Nasir tergamak melakukan perkara sumbang dengan Liza.

Pelakon: Faizal Hussein, Eja, Cha Cha Maembong, Aedy Ashraff, Sweet Farhana, Fathil Dani.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan