Ashton Kutcher, Demi Moore Rasmi Bercerai

Diterbitkan: Sabtu, 2 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasangan suami isteri ini dilaporkan akhirnya bercerai secara rasmi.
Pasangan suami isteri ini dilaporkan akhirnya bercerai secara rasmi.

PASANGAN selebriti Demi Moore dan Ashton Kutcher dilaporkan telah menandatangani perjanjian perceraian mereka yang tertangguh sejak November 2011.

Portal femalefirst.co.uk melaporkan pasangan itu dikatakan telah mencapai persetujuan akhir bagi kes tersebut di mahkamah.

"Ashton dan Demi akhirnya menandatangani perjanjian perceraian mereka secara rasmi bagi menamatkan perkahwinan," katanya.

Perkahwinan Kutcher dan Moore berakhir selepas enam tahun hidup bersama sebelum Kutcher didapati mempunyai hubungan dengan pelakon Mila Kunis.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan