Ridhzuan (R2) Akui Sukar 'Cari Makan' Jadi Pelawak

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ridhzuan (kiri) dan Rahim
Ridhzuan (kiri) dan Rahim

PETALING JAYA: Pelawak Ridhzuan Mat Ali yang pernah menjadi anggota kumpulan R2 dalam program Raja Lawak 5 terbitan Astro terpaksa mencari pekerjaan lain berikutan lawaknya sukar mendapat perhatian.

Ridhzuan berkata, keadaan tersebut membuatkan dia mengambil keputusan untuk bekerja secara tetap di sebuah syarikat logistik di Pelabuhan Klang, dekat sini.

"Apa yang dapat dilihat bakat pelawak yang ada jauh lebih hebat berbanding bakat saya dan ia agak sukar untuk saya menyaingi mereka pada masa ini.

"Dan selepas beberapa bulan melihat tawaran kerja seni semakin kurang, saya perlu membuat keputusan untuk mencari kerja lain bagi menampung hidup.

"Tak bolehlah nak biarkan masa berlalu tanpa kerja dan kerana itu saya membuat keputusan untuk bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat logistik di Pelabuhan Klang," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Dalam kumpulan R2, Ridhzuan bergandingan dengan abangnya iaitu Rahim.

Bagaimanapun tambah Ridhzuan, keluar daripada dunia hiburan tidak bermakna dia akan melupakan terus cita-cita untuk bergelar seorang pelawak berjaya.

Malah dia akan menerima sebarang kerja lakonan sekiranya ada pihak penerbit yang berminat untuk bekerjasama dengannya.

"Saya mengambil sikap positif dengan memikirkan saya masih muda dan banyak perkara yang perlu belajar sebelum ingin bersaing dengan pelawak-pelawak yang tersedia ada.

"Walaupun tidak terlibat dengan industri hiburan, ia tidak bermakna saya mengalah. Cuma bakat saya belum kuat lagi. Nak melawak bukannya kerja senang. Apabila tiba masanya nanti, saya akan kembali," tuturnya.

Dalam pada itu, Ridhzuan berkata, dia tetap menyokong Rahim yang masih aktif dalam dunia seni termasuklah dilamar menganggotai Shuib dan Jepp menerusi kumpulan Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan berlangsung bermula 15 November depan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan