Rahim Razali Selamat Jalani Pembedahan Otak - Berita Hiburan | mStar

Rahim Razali Selamat Jalani Pembedahan Otak

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Rahim Razali telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway pada Ahad lalu akibat mengalami pendarahan dalam otak.
Datuk Rahim Razali telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway pada Ahad lalu akibat mengalami pendarahan dalam otak.

PETALING JAYA: Pelakon Datuk Rahim Razali, 71, selamat menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan dalam otaknya kira-kira pukul 8 pagi Khamis di Pusat Perubatan Sunway di sini.

Anak kepada seniman itu, Nadia Rahim, 41, berkata, pembedahan tersebut dijalankan selama sejam lebih dan bapanya kini ditempatkan di High Dependency Unit (HDU) iaitu tempat pesakit kritikal yang memerlukan pemerhatian selepas menjalani pembedahan.

"Alhamdulillah, ayah telah selamat menjalani pembedahan dan ia mengambil proses selama sejam lebih. Dia kini ditempatkan di HDU.

"Bagaimanapun saya dalam perjalanan ke hospital untuk melawatnya tetapi emak ada menemani dia di sana," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Rahim dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway di sini pada Ahad lalu selepas mengalami sakit kepala ketika menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang sehingga terpaksa di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Selepas dihantar ke pusat perubatan itu oleh keluarga, pihak hospital terpaksa menahan Rahim apabila ujian sinar X mendapati terdapat kesan darah pada otaknya dikenali sebagai subdural hemorrhage) yang perlu dibedah segera.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan