Jonas Brothers Akhirnya Dibubarkan

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jonas Brothers mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan mereka dan mengakui ia bukan keputusan yang mudah.
Jonas Brothers mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan mereka dan mengakui ia bukan keputusan yang mudah.

TRIO adik-beradik yang dianggotai oleh Kevin, Nick dan Joe iaitu Jonas Brothers telah mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan tersebut.

Kevin yang mewakili adik-adiknya berkata, mereka mahu membina kerjaya solo namun mengakui bukan mudah untuk berpisah sebagai sebuah kumpulan.

"Ia telah berakhir walaupun sukar untuk kami membuat keputusan itu kerana sebelum ini kami berkongsi segala-galanya," katanya kepada majalah People.

Jonas Brothers membuat kemunculan pertama pada tahun 2005 dan telah melancarkan tiga buah album iaitu It's All About Time, A Little Bit Longer dan Lines, Vines and Trying Times.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan