Anak Syarikat KRU Sasar 6 Filem Pada 2014

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan artis dan pengarah yang hadir pada majlis doa selamat Showbiz Productions.
Barisan artis dan pengarah yang hadir pada majlis doa selamat Showbiz Productions.

KUALA LUMPUR: Anak syarikat KRU Studios iaitu Showbiz Productions Sdn Bhd menyasarkan akan menerbitkan sebanyak enam buah filem bermula pada tahun hadapan.

Ketua Operasi Showbiz, Zarina Abdul Rahman berkata, produksi yang ditubuhkan sejak tahun 2011 itu akan menerbitkan filem-filem yang lebih komersial, berbeza dengan filem-filem berat KRU yang sedia ada.

"Fokus kami dalam syarikat Showbiz adalah penerbitan filem bagi pasaran umum dengan nilai kos di bawah RM1.5 juta.

"Dan pada tahun depan kami menyasarkan untuk menghasilkan sebanyak enam buah filem. Selain itu, filem-filem di bawah produksi kami juga lebih tertumpu kepada kehendak penonton bukan filem-filem berat seperti Merong Mahawangsa atau Vikingdom," katanya.

Zarina ditemui pada majlis pelancaran tiga filem baharu syarikat tersebut iaitu Hantu Tok Mudim, Ular dan Chikaro.

Dalam pada itu, filem Kahwin 5 dan Hantu Kapcai juga merupakan filem di bawah terbitan Showbiz selain Mat Tudung yang bakal ditayangkan pada tahun 2014.

Tambah Zarina, walaupun Showbiz Productions tidak mengeluarkan bajet yang tinggi untuk menerbitkan sesebuah filem, penjagaan kualiti masih lagi diutamakan.

"Jika melihat statistik penghasilan filem, ia sangat tinggi tetapi tidak pada pulangannya. Sebab itu kami memainkan konsep berbajet minima tetapi pembikinannya berkualiti tinggi untuk kepuasan penonton," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan