Abby Abadi Diselar Tuduh Umno Jadi Punca Artis Abaikan Islam

Diterbitkan: Isnin, 28 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zed berkata, Abby tidak sepatutnya mengaitkan dan menyalahkan parti politik sebagai penyebab gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.
Zed berkata, Abby tidak sepatutnya mengaitkan dan menyalahkan parti politik sebagai penyebab gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

PETALING JAYA: Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi menyelar kenyataan pelakon dan penyanyi Abby Abadi yang menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, Abby tidak sepatutnya mengaitkan dan menyalahkan parti politik sebagai penyebab gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

"Soal agama adalah hak individu dan ia langsung tiada kena mengena dengan parti politik dan setiap umat Islam tidak kira sama ada mereka artis atau golongan biasa perlu tahu tanggungjawab kepada agama dan bukannya menuding jari kepada pihak lain.

"Politik tidak boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan ibadat ataupun tidak dan saya tidak faham mengapa politik disalahkan dalam konteks artis tidak mengamalkan ajaran agama Islam dalam ceramah yang dia sampaikan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Dalam ceramah di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada malam Sabtu lalu, Abby menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Dalam pada itu, Zed Zaidi turut mempertikaikan perjuangan Abby dalam parti Pas yang dilihat tidak ikhlas dan hanya bersuara apabila berceramah untuk membantu parti tersebut ketika pilihan raya.

Jelas Zed, ceramah yang disampaikan oleh Abby hanya mencari kesalahan orang lain selain menabur fitnah sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Saya tidak faham dengan sikapnya kerana secara terang-terangan dia bukannya memperjuangkan Islam tetapi hanya untuk kepentingan politik dan jelas dia isu yang dia bangkitkan ternyata tidak masuk akal.

"Ia bersifat kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini?

"Abby hanya muncul dan lantang bersuara hanya pada ceramah-ceramah untuk membantu calon pilihan raya parti itu dan bukannya memperjuangkan Islam," jelasnya.

Sementara itu, pelakon Naszriah Ngasri memberitahu sepanjang terlibat sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang dia tidak melihat parti komponen BN itu menyesatkan dunia hiburan sebaliknya parti itu sentiasa menegakkan syiar Islam dikalangan ahli-ahlinya.

Kata Naszriah atau lebih mesra dengan sapaan Anne, Umno juga sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan.

"Sebagai rakan artis saya menghormati kenyataan Abby dan menganggap itu kenyataan peribadinya sendiri. Pada saya dosa dan pahala tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana parti dan ia mengenai diri masing-masing dan bukan ditentukan oleh orang lain.

"Amal ibadah, pahala dan dosa adalah tanggungjawab semua umat Islam dan bukan tanggungjawab parti secara khususnya," katanya.

Tambah Anne sepanjang bergelar artis, dia belum pernah melihat pihak produksi melarang atau tidak membenarkan artis atau pun krew untuk bersolat.

"Pada waktu penggambaran kita memang ada waktu rehat sebelah tengah hari, petang dan malam cuma terpulanglah kepada artis itu mahu atau tidak untuk melakukan solat.

"Bagi saya hendak solat atau pun tidak solat itu bergantung kepada individu tersebut," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan