Zizan Razak Buka Francais Restoran Burgerbyte

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zizan mengusahakan perniagaan francais restoran Burgerbyte di Damansara Perdana. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL / THE STAR
Zizan mengusahakan perniagaan francais restoran Burgerbyte di Damansara Perdana. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL / THE STAR

PETALING JAYA: Dalam kecenderungan pengusaha restoran memilih untuk mengusahakan perniagaan francais jenama antarabangsa, pelawak Zizan Razak sebaliknya percaya pada produk tempatan apabila memilih untuk menjalankan perniagaan francais restoran Burgerbyte.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak berkata, dia mula tertarik dengan Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul selepas melihat hidangan yang disediakan restoran berkenaan ringkas dan lazat selain konsep restorannya yang santai dan selesa.

"Saya merupakan antara penggemar burger dan apabila melihat konsep hidangan pelbagai jenis yang disediakan, membuatkan hati saya terbuka untuk membuka restoran ini secara francais.

"Memandangkan sudah lama saya berniat untuk membuka perniagaan makanan, hasrat itu saya teruskan niat untuk menjadi pengusaha restoran ini bersama rakan kongsi saya, Rostam Affendy Abd Rahim.

"Saya juga nekad menjadi menjalankan perniagaan restoran itu secara francais selepas kagum dengan keaslian rasa masakan Barat daripada sebuah restoran yang diusahakan orang Melayu," katanya.

Zizan ditemui pada majlis pelancaran Restoran Burgerbyte miliknya di Damansara Perdana, dekat sini pada malam Sabtu.

Tambah Zizan, kesibukan dengan kerja-kerja lakonan juga tidak penghalang untuk dirinya mengusahakan perniagaan tersebut.

"Saya percaya apabila mempunyai tanggungjawab dalam perniagaan, sibuk macam mana sekalipun kita mesti buat.

"Mungkin saya tidaklah berada di restoran dari pagi sampai malam tetapi sekurang-kurangnya saya akan mencuri masa untuk menguruskan Burgerbyte sebaik mungkin," ujarnya.

Dalam pada itu, beritahu Zizan, restoran yanh diusahakannya itu mempunyai sebanyak 62 jenis masakan, malah Zizan turut menambah beberapa menu lain sebagai memberi kelainan berbanding cawangan lain.

Burgerbyte menawarkan kepelbagaian menu masakan Barat dan pada masa sama turut mempunyai menu citarasa masyarakat Malaysia.

Sehingga kini, Burgerbyte mempunyai tiga cawangan iaitu di Sentul, Senawang serta Damansara Perdana.

Sementara di Sri Iskandar Perak, Bangi, Semenyih dan Bukit Beruang, Melaka masih dalam proses pembikinan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan