Ezad Lazim Cemas Kebocoran Air Ketuban Isteri

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ezad bersyukur keadaan isteri dan anak dalam kandungan dalam keadaan baik.
Ezad bersyukur keadaan isteri dan anak dalam kandungan dalam keadaan baik.

PETALING JAYA: Penyanyi Ezad Lazim cemas apabila isterinya Nor Azeana Ramli mengalami kebocoran air ketuban selain disahkan terdapat perbezaan jenis darah antara ibu dan bayi dalam kandungan yang baharu sahaja mencecah tujuh bulan.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 34, berkata, pada mulanya dia bingung apabila dijelaskan doktor mengenai keadaan isterinya kerana ia merupakan kali pertama bakal menimang cahaya mata.

"Saya dan isteri tiada pengalaman dalam hal sebegini kerana belum pernah menyambut ahli baharu dalam keluarga dan ingatkan keadaannya tidak serius tetapi apabila dijelaskan oleh doktor barulah saya menyedari ia serius.

"Nasib baik kami cepat merujuk masalah tersebut ke hospital dan isteri saya masih ditahan di Hospital Ampang untuk pemerhatian lanjut. Anak dalam kandungan pun selamat," katanya kepada mStar Online.

Faktor jenis darah (Rh) yang berbeza antara ibu dan anak dalam kandungan kebiasaannya tidak terjadi untuk kehamilan yang pertama namun apabila keadaan itu berlaku, ia boleh mendatangkan komplikasi kepada bayi seperti masalah kekurangan darah (anemia) yang teruk.

Hampir 90 peratus perempuan Asia memiliki Rh positif, manakala hanya dua peratus perempuan Melayu dikesan memiliki Rh negatif.

Dalam perkembangan sama, Ezad berkata, isterinya menyedari air ketubannya pecah pada Selasa lalu dan telah pergi ke klinik untuk melakukan pemeriksaan.

Jelas Ezad, doktor di klinik berkenaan telah merujuk kes ke Hospital Ampang kerana bimbang kandungan isterinya mengalami masalah walaupun belum masa untuk bersalin.

"Pada mulanya saya dan isteri tidak terlalu bimbang kerana ingatkan ia perkara biasa bagi wanita mengandung namun apabila dirujuk ke hospital barulah kami mengetahui keadaan itu boleh membahayakan," katanya.

Sementara itu, Ezad berkata, isterinya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor telah memberi suntikan untuk mengelakkan kelahiran pra-matang memandangkan usia kandungan wanita berkenaan baharu sahaja mencecah tujuh bulan.

Nor Azeana dijangka bersalin anak pertama mereka pada Disember depan.

Ezad dan Nor Azeana iaitu wanita yang dipilih oleh ibunya telah bernikah pada 30 Mac lalu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan