Along Tersingkir, Enam Selebriti Mara Ke Final Super Spontan 2013

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Along tersingkir pada peringkat separuh akhir. Foto FAIHAN GHANI/The Star.
Along tersingkir pada peringkat separuh akhir. Foto FAIHAN GHANI/The Star.

PETALING JAYA: Seramai enam selebriti berjaya ke peringkat akhir program lawak Super Spontan 2013 selepas peserta Along tersingkir pada peringkat separuh akhir yang diadakan secara langsung pada malam Jumaat di Studio De Show Bandar Sri Damansara dekat sini.

Peserta tersebut adalah Yus (Jambu) dan Nabil daripada Kumpulan Semut Sentap serta Rahim, Johan, Jep dan Tauke yang mewakili Ketam Konpius.

Menurut penerbit eksekutif Super Spontan 2013, Afdlin Shauki, pada peringkat akhir nanti, para peserta tidak akan mewakili kumpulan masing-masing dan akan bersaing secara solo.

"Pada peringkat akhir ini mereka akan bersaing secara solo tanpa mewakili kumpulan masing-masing.

"Melihatkan barisan peserta-peserta, pesaingnya amat sengit dan susah untuk saya jangkakan siapa yang akan menjadi juara," katanya.

Tambah Afdlin, pada peringkat akhir, program berkenaan akan diadakan secara langsung di Kedah pada minggu hadapan (2 November 2013) sebagai tanda penghargaan kepada penonton di sana.

"Biasanya negeri-negeri seperti di Johor serta pantai timur menjadi pilihan dalam mengadakan sesebuah acara. Dan saya percaya masyarakat di Kedah juga ingin merasa menghadiri program-program siaran langsung seperti ini.

"Cuma yang menjadi kelebihan mungkin kepada Yus kerana dia berasal dari negeri itu.

"Tetapi sukar juga untuk dijangka kerana permainan ini melibatkan SMS (Sistem Khidmat Ringkas) daripada seluruh negara," ujarnya.

Pada peringkat akhir, juara Super Spontan 2013 bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.

Program yang diacarakan oleh Haniff dan Ray serta Afdlin dan Harun Salim Bachik sebagai pengulasnya itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132).

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan