Yusof Haslam Anggap Rahmat 'KL Gangster 2' Kutip RM5 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yusof bersyukur dengan kutipan filem KL Gangster 2.
Yusof bersyukur dengan kutipan filem KL Gangster 2.

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan kutipan sebanyak RM5 juta untuk filem KL Gangster 2 sebagai satu rahmat buat karya arahan Syamsul Yusof itu walaupun ia telah disebarkan menerusi Internet dan menjadi mangsa cetak rompak sebelum ia ditayangkan.

Yusof, 59, berkata, walaupun telah kehilangan 70 peratus penonton gara-gara insiden itu namun beliau tetap bersyukur ia masih mendapat perhatian daripada peminat setia filem berkenaan.

"Apabila filem berkenaan tersebar, saya hanya harap KL Gangster 2 dapat mengutip RM1 juta sahaja tetapi Alhamdulillahlah kita berjaya mendapat RM5 juta.

"Ia satu kejayaan juga buat Skop Production dan sokongan daripada penonton dan peminat setia filem ini amat saya hargai," katanya kepada mStar Online.

KL Gangster 2 yang menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Aaron Aziz, Zizan Razak, Soffi Jikan, Sheera Iskandar, Adi Putra dan Syamsul Yusof telah menelan belanja sebanyak RM4.5 juta untuk dihasilkan.

Ia telah ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober lalu.

Dalam perkembangan sama, Yusof berkata, walaupun penjualan tiket di beberapa negeri di Utara dan Pantai Timur agak lembap namun beliau memberitahu jumlah penonton yang tinggi di Lembah Klang telah menjadi penyelamat kepada karya tersebut.

"Paling teruk terjejas adalah negeri di Utara dan Pantai Timur sehingga pihak pawagam terpaksa mengehadkan jumlah tayangan kerana tidak mendapat sambutan.

"Namun bilangan penonton di Lembah Klang paling ramai dan ia telah menyelamatkan filem ini," katanya.

Sementara itu, Yusof berkata, beliau masih menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung penyebaran filem berkenaan sebelum ini.

Jelas Yusof, sehingga kini kedua-dua pihak tersebut tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai laporan yang dibuat walaupun telah beberapa kali beliau bertanya mengenainya.

"Saya agak terkilan apabila perkara ini dipandang remeh kerana ia bukan hanya mengenai filem saya sahaja tetapi siasatan itu perlu dibuat bagi memberi jaminan bahawa kejadian menimpa saya tidak akan berulang kepada penerbit lain.

"Pihak saya masih menanti apakah hasil siasatan yang dibuat oleh pihak SKKM dan KPDNKK berhubung isu tersebut," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan