Erra Fazira Sedia Imbas Kisah Cinta Dengan Awie

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erra Fazira
Erra Fazira

PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira sudah bersetuju untuk bekerjasama dengan bekas tunangnya iaitu penyanyi Awie bagi menjayakan Konsert Suara Kita yang turut melibatkan penyanyi Ziana Zain.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 39, berkata, konsert tersebut pasti menjadi detik bagi mengimbau kenangan lama percintaan bagi sesiapa sahaja yang melalui zaman tersebut.

"Pihak saya sudah berbincang dengan pihak Awie tentang projek tersebut dan Insya-Allah jika tiada halangan ia akan diadakan di Istana Budaya pada Mac tahun depan.

"Bagi saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengannya secara profesional, ia pasti akan mengimbau kenangan lama bukan sahaja saya tetapi semua orang yang berada pada zaman tersebut," katanya kepada mStar Online.

Ketika ditanya tentang perasaan untuk bekerjasama dengan penyanyi tersebut, Erra berkata secara dasarnya dia tidak menyimpan apa-apa lagi perasaan terhadap Awie.

"Masing-masing sudah ada kehidupan dan keluarga, bagi saya sudah tiada lagi 'getaran' apabila bertemu Awie.

"Cuma jika mengimbas kenangan lalu ketika menonton filem-filem kami bersama, saya hanya senyum dan menganggap ia sebagai peristiwa lalu," katanya.

Erra berharap kolaborasi tersebut nanti berjaya membawa peminat-peminat mereka bertiga kembali semula ke zaman berkenaan pada era 1990-an.

"Saya difahamkan ia seperti muzikal termasuk ada sketsa daripada filem-filem lakonan kami bertiga seperti Sembilu dan Maria Mariana," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan