Masalah Kesihatan, Faktor Usia Punca Carefree Tampil Ahli Baharu

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota kumpulan Carefree yang baharu iaitu dari kiri Hizey, Simon, Hadi, Zack dan Reeyan.
Anggota kumpulan Carefree yang baharu iaitu dari kiri Hizey, Simon, Hadi, Zack dan Reeyan.

PETALING JAYA: Masalah kesihatan dan faktor usia menjadi punca kepada beberapa ahli asal kumpulan muzik Carefree untuk bersatu dan kembali aktif dalam industri muzik tempatan.

Vokalisnya, Hadi Hassan, berkata, beberapa ahli asal kumpulan itu dipelawa terlebih dahulu untuk kembali menyertai kumpulan berkenaan namun mereka menolak kerana tidak yakin dengan kesihatan selain mempunyai komitmen lain.

"Ketika kami bercadang untuk kembali dalam industri, beberapa anggota asal telah dipelawa menyertainya tapi mereka masing-masing sudah ada komitmen sendiri.

"Lagi pula mereka menyatakan mempunyai masalah kesihatan dan tidak dapat menyanyi dan bermain muzik dengan baik seperti dahulu," katanya pada sidang media pelancaran album terbaharu mereka berjudul Bersama Carefree, di Wisma Bentley Music, di sini, Rabu.

Selain Hadi, penyanyi Jay Jay pernah menjadi vokalis kumpulan itu yang popular pada era 80-an.

Tambah Hadi selain dia dan anggota asal iaitu Simon Justin Leo (gitaris), tiga ahli baharu Carefree yang lebih muda telah menyertai kumpulan berkenaan Zack dan Hizey (pemain keyboard) serta Reeyan (dram). Tambahnya, album Bersama Carefree, mengambil masa selama setahun untuk disiapkan dan mengandungi tujuh buah lagu.

Album ini turut menjanjikan kelainan daripada susunan muzik yang lebih mantap, segar dan bertenaga dalam pelbagai genre termasuk rock, balada, ‘fusion,’ ‘funk,’ blues dan pop.

"Kelainan utama ialah kali ini kami mempertaruhkan lagu ciptaan sepenuhnya anggota Carefree berbanding album sebelum ini kami banyak menggunakan khidmat komposer luar.

"Kita masih mengutamakan genre balada seperti lagu popular Belaian Jiwa dalam beberapa lagu menerusi album ini," katanya.

Sementara itu, lagu Find It In Your Heart turut dipilih menjadi lagu tema untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Hey DJ, Hanya Aku, Biarkan Aku Sendiri, Blues Isteri Lari dan Hati Batu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan