Rakan Sifatkan Noreen Noor Seorang Prihatin

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noreen Nor meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri Selangor akibat komplikasi jantung dan buah pinggang kira-kira 5.50 pagi semalam.
Noreen Nor meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri Selangor akibat komplikasi jantung dan buah pinggang kira-kira 5.50 pagi semalam.

JASIN: Pelakon dan penyanyi era 80-an Noreen Noor, yang meninggal dunia awal pagi Selasa, disifatkan seorang yang prihatin, manja dan gemar memberi semangat.

Rakan baiknya yang juga penyanyi Norshila Amin berkata Noreen atau nama sebenarnya Noraini Mohamad Noor, 52, sering mengambil berat tentang rakan dan sentiasa menghulur bantuan untuk meringankan beban mereka.

Beliau berkata Allahyarham juga seorang anak yang bertanggungjawab dan sanggup berhabis wang membiayai rawatan arwah kedua ibu bapanya.

"Saya dan rakan artis yang lain amat terkejut dengan pemergiannya secara tiba-tiba ini dan ia merupakan satu kehilangan besar bagi kami kerana dia sahabat yang menyenangkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pengebumian Allahyarham dekat sini, Selasa.

Pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an itu meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri Selangor akibat komplikasi jantung dan buah pinggang kira-kira 5.50 pagi semalam.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai Merlimau di sini pada pukul 1.40 tengah hari, Selasa.

Hadir pada pengebumian itu ialah anak lelakinya Danial Baharuddin, 22, serta rakan-rakan artis termasuk Siti Fairuz Hussin, Salwa Abdul Rahman, Azizul Khamis dan komposer Eddie Hamid.

Norshila yang mengenali Allahyarham selama 23 tahun berkata kali terakhir mereka bertemu ialah ketika bergandingan dalam sebuah rancangan pada hari raya Aidilfitri lepas namun mereka sering berhubung menerusi laman sosial Facebook dan telefon.

Seorang lagi rakan Allahyarham, Halimahtun Abdul Jalil berkata beliau sempat berbuka bersama arwah selepas melakukan puasa sunat wukuf Arafah, Isnin lepas.

Katanya beliau menawarkan diri untuk membawa Noreen ke hospital apabila mendapat tahu arwah tidak sihat namun pelawaan itu ditolak kerana arwah tidak mahu menyusahkan sesiapa.

"Arwah sering berada di samping saya di waktu susah dan senang...saya terkejut apabila diberitahu dia memandu sendiri ke hospital ditemani anak angkatnya sebelum meninggal dunia pagi tadi," katanya sambil memberitahu bahawa Noreen tidak mahu berjumpa sesiapa sejak seminggu lepas.

Noreen pernah popular dengan lagu Siang Terbayang Malam Merindu dan muncul di layar perak dengan filem pertama berjudul Talak yang diterbitkan pada tahun 1980 selain pernah membintangi filem Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan