6 Filem Projek 'Ikal Mayang' Boleh Ditonton Di Astro First

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saniboey (tengah) bersama barisan pengarah filem pendek projek 'Ikal Mayang'. Foto AZLINA ABDULLAH
Saniboey (tengah) bersama barisan pengarah filem pendek projek 'Ikal Mayang'. Foto AZLINA ABDULLAH

PETALING JAYA: Sebanyak enam filem pendek yang terpilih daripada projek Ikal Mayang: Telling Women Stories bakal ditayangkan menerusi saluran Astro First bermula 7 November depan.

Ikal Mayang cetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls, merupakan kompilasi filem pendek arahan 15 penggiat seni wanita mengisahkan isu-isu kehidupan kaum hawa bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang telah berlangsung Mac lalu.

Menurut Ketua Pemerolehan Pengkomision Premium dan Media Baru Astro Saniboey Mohd Ismail, enam filem pendek itu dipilih untuk tayangan Astro First sebagai ingin memberikan kelainan kepada penonton yang melanggan saluran tersebut.

"Biasanya, Astro First hanya menyiarkan filem-filem terbaharu tempatan dan antarabangsa. Dan enam filem pendek yang dipilih daripada projek Ikal Mayang ini sekadar ingin memberikan kelainan kepada penonton.

"Selain itu, ia juga memaparkan tentang luahan hati, cabaran, cita-cita dan impian wanita yang jarang-jarang sekali dikupas dalam sesebuah karya filem," katanya.

Saniboey ditemui pada pratonton Gabungan Enam Pengarah Wanita Paparkan Isu Semasa Kaum Hawa Dalam Antologi Filem Pendek di GSC The Gardens di sini pada Selasa.

Enam karya yang bakal ditayangkan merupakan filem arahan Sofia Jane iaitu 1-800-Baby, Vanidah Imran (Pantang), Dira Abu Zahar (Jerat Suami), Aida Fitri Buyung (Nawar), Junaidah M. Nor (Odah) dan Elaine Daly (Inspektor Mastura).

Kompilasi filem pendek tersebut akan ditayangkan selama 70 minit.

Sementara itu, pengarah kreatif Ikal Mayang, Ida Nerina berkata, pemilihan enam filem daripada projek tersebut merupakan satu pengiktirafan besar buat dirinya kerana menganggap ia sebagai permulaan untuk menunjukkan karya-karya hasil penggiat seni wanita di negara ini.

"Misi Ikal Mayang sendiri menunjukkan ia sebagai menaikkan martabat wanita dalam konteks memaparkan hasil-hasil filem pendek yang dibikin.

"Saya rasa ini satu pencapaian yang sangat besar dimana ia juga sebagai pembuka mata buat industri seni tempatan bahawa kita mempunyai pengarah-pengarah wanita yang sangat berbakat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, projek Ikal Mayang turut mendapat perhatian penggiat seni luar negara apabila mereka diundang menyertai Festival Filem Antarabangsa Busan ke-18 (BIFF18).

Festival yang diadakan di Busan, Korea Selatan itu berlangsung bermula 3 hingga 12 Oktober lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan