Pelakon 80-an Noreen Noor Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noreen Noor meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
Noreen Noor meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi Selasa di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Menurut penyanyi Norshila Amin, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

"Pada mulanya saya tidak percaya arwah telah tiada tetapi berita tersebut telah disahkan sendiri oleh rakan baiknya iaitu Shiba," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Jenazah akan dikebumikan di Kampung Pulai, Serkam, Merlimau, Melaka selepas solat Zohor.

Menurut Norshila, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada malam Isnin dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi ini.

"Hanya rakan-rakan rapat sahaja mengetahui keadaannya dan berita kehilangannya sangat mengejutkan kerana Allahyarham seorang yang ceria," ujarnya.

Noreen pernah popular menerusi lagu Siang Terbayang Malam Merindu.

Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak.

Sementara itu, beberapa rakan artis turut melahirkan rasa terkejut mereka dengan pemergian mengejut Allayharyam Noreen Noor.

Masing-masing menyampaikan ucapan takziah di laman twitter mereka. Antaranya ialah:

Adibah@Adibah Noor: Walaupun arwah tiada ikatan darah daging dgn saya, namun arwah tetap menjadi bintang pujaan hati. Al-fatihah Noreen Noor

Liza Abdullah@Liza_Abdullah: Salam,Al-Fatihah,Insan Seni Noreen Noor telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi,semoga rohnya dicucuri rahmat& ditempatkan dalam kalangan org yangg beriman

Juliza@JulizaAdzlizan: Innalillah.... 'My singer friend Noreen Noor just passed away this morning due to kidney & heart…'

Catriona Ross@Catriona_Ross: Al-Fatihah buat Noreen Noor.Sekali lagi, peringatan tentang mati.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan