Kumpulan Radio The Star Ditaja Kereta Ford Ranger

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan penyampai radio Kumpulan Radio The Star bersama kenderaan baharu Ford Ranger. Foto M.AZHAR ARIF
Barisan penyampai radio Kumpulan Radio The Star bersama kenderaan baharu Ford Ranger. Foto M.AZHAR ARIF

PETALING JAYA: Kumpulan Radio The Star iaitu Suria FM, Red FM dan 988 telah menerima tajaan sebuah kereta jenis Ford Ranger (setiap radio) oleh syarikat Sime Darby Auto Connexion.

Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Radio Star, Kudsia Kahar berkata, Ford Ranger akan digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi ketiga-tiga radio berkenaan dan ia akan dipanggil sebagai 'Street Cruiser'.

"Sebelum ini, Ford Ranger hanya digunakan untuk radio 988 dan selepas melihat prestasi Suria FM dan Red FM yang semakin meningkat naik, pihak Sime Darby dengan senang hati menaja kenderaan ini buat kedua-dua radio tersebut.

"Setiap radio akan mempunyai panggilan kenderaan masing-masing iaitu Suria Ford Wheels dan Red Ford Ryders dan kontrak tajaan akan diikat selama setahun," katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online.

Tambah Kudsia, dia percaya, memiliki kenderaan baharu yang lebih selesa itu dapat memperkuatkan lagi jenama radio masing-masing terutamanya daripada segi promosi.

"Bukan hanya memiliki kereta yang besar, malah pelekat yang memaparkan radio masing-masing boleh dilihat sangat jelas walaupun daripada pandangan jauh.

"Saya percaya, cara ini sedikit sebanyak dapat menaik taraf kualiti jenama radio kami selain meningkatkan lagi jumlah pendengar," ujarnya.

Penyampai radio Suria FM terdiri daripada Halim Othman, Adibah Noor, Reza Mohamed, Seri Nazira, Bob Ringgo, DJ Lin, Wan Ajaib dan Naim Tahak.

Bagi Red FM pula, barisan penyampainya ialah JJ, Lil Kev, Papi Zak, Kavin Jay, Mynn Lee manakala penyampai 988 antaranya ialah Mike dan Cassey.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan