Liga Lawak Superstar: Kumpulan OMG Raih Markah Tertinggi

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan OMG
Pasukan OMG

ULU KELANG: Pasukan OMG berjaya mengumpulkan markah tertinggi iaitu sebanyak 74 markah pada minggu pertama untuk kumpulan B Liga Lawak Superstar (LLS) pada malam Ahad di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

OMG diwakili oleh Anas Ridzuan, Akim Ahmad dan Sathia telah mengalahkan saingan terdekat mereka iaitu Aku Diandra (Sheera Iskandar, Qazeem Nor, Ilya) yang mengumpulkan 53 markah, Asmara Luna (Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Ropie) sebanyak 46 markah dan Ayoub Lasak (Iqram Dinzly, Mikail Andre, Aziz M. Osman) mendapat 39 markah.

Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, setiap pasukan mempunyai kehebatan masing-masing namun perlu mengemaskan lagi lawak yang disampaikan agar tidak ketinggalan melawan peserta-peserta lain.

"Masing-masing perlu memperbaiki kelemahan dan mengemaskan lagi persembahan mereka dari masa ke semasa kerana masih mempunyai tiga pusingan sebelum sesi penyingkiran.

"Kami berharap agar kesemua pasukan dapat mengekalkan momentum dan terus memberikan persaingan dalam minggu seterusnya," katanya.

Pusingan pertama menampilkan Asmara Luna dan Aku Diandra beraksi dalam permainan ‘Pemberita Pelik’ dan seterusnya, OMG serta Ayoub Lasak diberikan tugasan ‘Bonekarama’.

Suasana studio terus dihangatkan dengan gelagat lucu Asmara Luna dan Aku Diandra dalam cabaran ‘Sketsa Mendahi’ dan kehebatan OMG serta Ayoub Lasak dilihat berusaha untuk menjayakan 'Apa Ke Benda'.

Pada minggu lalu, kumpulan A yang terdiri daripada Derhaka Seorang Cinderella (Hamdan, Amyza Aznan, Aman Nassim), Aku (Bell Ngasri, Idzham Ismail, Hairi Safwan), Apa Kasih Toq (Didie Alias, Kamal Adli, Fizz Fairuz) dan Spy Kampung (Farouk Hussain, Zalif Sidek, Syafiq Kyle) telah beraksi.

LLS menampilkan lapan pelawak dan 16 pelakon yang dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan daripada empat pasukan disertai oleh seorang pelawak dan dua pelakon dalam setiap pasukan.

Pada pusingan awal, setiap pasukan dalam kumpulan masing-masing akan bertarung di pentas LLS secara selang seli pada setiap minggu.

Selepas empat pertarungan, dua kumpulan yang berjaya meraih markah tertinggi dalam kumpulan masing-masing akan bersaing di pusingan separuh akhir.

Hanya dua pasukan terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir untuk merebut gelaran Juara Liga Lawak SuperStar serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250,000.

LLS turut menampilkan nama besar dalam industri tanah air iaitu Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli sebagai juri tetap untuk program ini.

Manakala Afdlin Shauki dan Adibah Nor merupakan pengacara bagi program berkenaan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan