Deejay Suria FM, Red FM Uji Kemahiran Memasak

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyampai Suria FM dan Red FM yang menyertai pertandingan Cabaran Memasak Palm Oil Rocks
Penyampai Suria FM dan Red FM yang menyertai pertandingan Cabaran Memasak Palm Oil Rocks

SUBANG: Penyampai-penyampai radio Suria FM dan Red FM buat pertama kali menguji kemahiran memasak mereka dalam Cabaran Memasak Palm Oil Rocks yang diadakan di Empire Subang, pada Sabtu.

Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Radio Star, Kudsia Kahar berkata, acara ini merupakan salah satu aktiviti yang bertujuan merapatkan lagi hubungan antara penyampai, pendengar dan klien.

"Pertandingan ini merupakan satu cabaran yang bukan sahaja mengetengahkan bakat memasak penyampai, tetapi juga menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu cara mendekati pendengar dengan lebih dekat," katanya kepada mStar Online selepas Cabaran Memasak Palm Oil Rocks di Empire Subang, dekat sini, Sabtu.

Pertandingan tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian, dimana Suria FM diwakili oleh Halim Othman, Linda Onn, Lin Suria Cinta dan Haffiz.

Manakala Red FM diwakili oleh Lil Kev, Jeremy, Terry dan Fiqrie.

Pertandingan yang dimenangi oleh Suria FM ini telah menghidangkan masakan tabouleh sebagai pembuka selera, Nasi Arab Kabsa dan puding caramel.

Kedua-dua pasukan diberi masa lebih kurang dua jam untuk menyediakan tiga hidangan istimewa.

Dalam pada itu, masakan mereka turut diadili oleh Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai, selebriti Datuk Fazley Yaakob, chef Sherson Lian dan chef Johny Fua.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan