Diana Amir Sahkan Nikah 25 Oktober 2013 - Berita Hiburan | mStar

Diana Amir Sahkan Nikah 25 Oktober 2013

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Habibbullah (kiri) turut hadir pada majlis sidang media pengumuman tarikh pernikahannya dengan Diana yang diadakan di pejabat Metrowealth International Group (MIG) dekat Petaling Jaya. Turut memberi sokongan adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIG David Teo dan isterinya, Jane Lim.
Habibbullah (kiri) turut hadir pada majlis sidang media pengumuman tarikh pernikahannya dengan Diana yang diadakan di pejabat Metrowealth International Group (MIG) dekat Petaling Jaya. Turut memberi sokongan adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIG David Teo dan isterinya, Jane Lim.

PETALING JAYA: Pelakon Diana Amir mengesahkan akan bernikah dengan tunangnya, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada 25 Oktober ini.

Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 27, ini berkata, majlis pernikahan bakal berlangsung pada pukul 9 malam di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya.

"Saya dan tunang akan bernikah pada 25 Oktober ini di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya," katanya.

Diana ditemui pada majlis sidang media pengumuman pernikahan pelakon itu di pejabat Metrowealth International Group (MIG) di sini pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Diana berkata dia kini sedang membuat persiapan hari bahagianya itu dan memberitahu ia berjalan lancar.

"Persiapan masih dijalankan tetapi belum siap sepenuhnya lagi," katanya.

Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan