Dayah, Amirah & Yvonne Hos Baharu '3R'

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengacara baharu program 3R dari kiri; Dayah Bakar, Amirah Azmi dan Yvonne Lee
Pengacara baharu program 3R dari kiri; Dayah Bakar, Amirah Azmi dan Yvonne Lee

PETALING JAYA: Program 3R (Respek, Relaks, Respon) musim baharu akhirnya memperkenalkan tiga hos iaitu Dayah Bakar, Amirah Azmi dan Yvonne Lee yang dipilih melalui program realiti Projek 3R.

Pengurus Besar, Kumpulan Jenama, TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, ketiga-tiga wajah baharu ini bakal meneruskan legasi 3R sebelum ini dengan memberikan suntikan terkini kepada kaum wanita khususnya remaja.

"Program 3R musim ini bakal memberi kelainan dengan menampilkan tiga pengacara baru dengan membawa semangat baru dan dapat memberi inspirasi kepada golongan wanita.

"Selain itu, pelbagai isu semasa tentang wanita yang lebih segar dan relevan akan dikupas untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan remaja," katanya pada sidang media memperkenalkan hos baharu program 3R,

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Datin Paduka Marina Mahathir.

Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif Bersama, Red Communication, Lina Tan berkata, keserasian ketiga-tiga mereka dapat dilihat ketika mengendalikan tugasan yang diberikan ketika projek 3R.

"Mereka ada keserasian yang kita cari seperti hos-hos 3R sebelum ini.

"Saya yakin mereka dapat mengendalikan 3R dengan lebih baik dan menarik lebih ramai penonton," ujarnya.

Bagi Amirah Azmi, 22, peluang yang diberikan untuk mengendalikan program tersebut tidak akan disia-siakan.

"Ini adalah impian saya sejak kecil dan saya membesar dengan program tersebut jadi saya tidak akan hampakan dan sia-siakan peluang yang diberikan ini," katanya.

Dalam pada itu, beberapa episod menarik bakal dikupas antaranya ialah Lelaki Kaki Pukul, Perempuan Jangan Jadi Bodoh dan Takda Duit.

Program 3R musim baharu bakal disiarkan bermula 20 Oktober ini, pada setiap Ahad, pukul 7.30 malam.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan