Black Hanafiah Tiada Kaitan Isu Hutang Selepas Kahwin

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Black tidak pernah menggunakan mana-mana pihak perantara untuk majlis perkahwinannya termasuk urusan menyewa pakaian daripada seorang pereka fesyen.
Black tidak pernah menggunakan mana-mana pihak perantara untuk majlis perkahwinannya termasuk urusan menyewa pakaian daripada seorang pereka fesyen.

PETALING JAYA: Penyanyi Black Hanafiah menafikan ada menggunakan orang tengah untuk urusan menyewa busana perkahwinannya dengan Naquia Yasirah Mohamad Khairi sehingga timbul isu bayaran itu belum dijelaskan.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, dia tidak pernah menggunakan mana-mana orang perantaraan untuk urusan perkahwinannya termasuk soal menyewa pakaian daripada seorang pereka fesyen.

"Gosip mengaitkan saya yang menjadi mangsa orang tengah apabila individu itu enggan melunaskan bayaran perkahwinan sebagai tidak masuk akal kerana saya tidak pernah berurusan dengan mana-mana orang tengah.

"Saya sendiri tidak mengetahui mengenai cerita berkenaan dan ia tidak berkaitan dengan saya," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Black dan Naquia, 28, selamat diijabkabulkan pada 13 September lalu dalam satu majlis yang diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan dekat sini.

Dalam perkembangan sama, Black berkata, majlis perkahwinannya tidak mendapat sebarang tajaan daripada mana-mana pihak melainkan pelamin ketika di majlis pernikahan di Zebra Square dan majlis resepsi di Pantai Dalam.

Jelas Black, dia juga tidak berhutang dengan mana-mana pihak kerana semua hal melibatkan perkahwinannya telah selesai tanpa sebarang masalah.

"Urusan baju kahwin saya berurusan sendiri dengan pereka fesyen tersebut dan wang sewaan pakaian telah dilunaskan dan isu itu tidak pernah timbul.

"Jika ada apa-apa persoalan berbangkit pihak yang berurusan dengan saya boleh menghubungi saya tetapi daripada pengetahuan saya, semua hal melibatkan majlis tempoh hari telah pun selesai," katanya.

Sementara itu, Black berkata, dia semakin bahagia sejak bergelar suami dan mengakui ikatan suci itu telah mengubahnya menjadi insan lebih sempurna.

Jelas Black dia kini tidak lagi keluar melepak seperti mana zaman bujangnya dan lebih gembira berada di rumah bersama isteri jika tiada sebarang aktiviti.

"Rasa 'gian' nak keluar malam kadang-kadang masih ada tetapi saya lebih gembira bersama isteri di rumah atau keluar berdua," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan